rss
email
twitter
facebook

Wednesday 15 December 2010

hati


sambil jalan-jalan, suka sangat tengok gelagat orang

suka menafsir orang. dari gaya, cara bercakap, senyumnya
kadang-kadang rasa macam nak jadi macam orang lain
cool.stylo.kesayangan semua orang.lembut(kot.haha)
sebab macam best je kalau jadi macam tu

kadang-kadang bila pakai baju kurung, tukar jadi ayu
bila pakai jeans, langkah pun besar-besar.tangkas sedikit.
blouse pulak buat aku jadi feminin
mudah aku ikut mood-mood baju

bila aku b'kawan dengan orang yang suka buat hal, aku pun kadang-kadang terikut
walaupun tak buat apa yang dia buat
tapi aku sedar aku dah cenderung ke situ
bila b'kawan dengan yang baik,
sedikit-sedikit aku cuba ubah diri aku.
dahulu supaya dia tidak segan dengan aku
lambat laun b'tukar keranaNya

bila tengok kawan-kawan yang tak study
momentum study jadi lambat.
malah,menjadi negatif
lihat kalendar.exam lambat lagi

bila lihat mereka,seronok bergelak ketawa,berkawan dengan si adam
malah kadang-kadang berbalas senyuman
buatkan aku rasa mahu.mahu seperti itu.
nauzubillah.nauzubillah.nauzubillah


jika aku hidup di tengah-tengah masyarakat
bebas pergaulan.pakaian. akhlak.ibadah.
tiada rasa mahu berlumba ke arah kebaikan
apa tindakan aku?


macam mana kalau aku rindukan jahiliyah aku yang dahulu??
baju-baju dahulu yang dah disimpan, mungkinkah akan diselongkar kembali?
m'buzz kembali kawan-kawan adam
aku akan rasa senang ke hidup macam dulu??

nauzubillah.nauzubillah
sungguh..hanya ALLAH yang memegang hati-hati. berhak bagi ALLAH untuk membolak-balikkan hati
jika semalam dia bertudung labuh,esoknya mungkin hijabnya kemana
semalam dia di kelab malam, esok esoknya mungkin menjadi lebih hebat dari kita

berdoalah.berdoa.
agar tidak ditarik nikmat iman.
kita pun tahu kan,hati ni kan paling mudah berubah
lebih hebat dari isi periuk yang menggelegak
nauzubillah
moga aku tidak rindu jahiliyah dahulu.tidak rindu dengan semua itu
kerana aku tahu, hidup aku baru bermula setahun yang lalu.
ALLAH..tetapkan hati aku.tetapkan aku di jalan ini.kerana aku mahu bersamaMu di sana nanti




Friday 3 December 2010

huruf

dulu ustazah yang ajar mengaji selalu pesan..
jaga makhraj2 awak..
biar cukup dengung,huruf haa awak tu ada yg halus,ada yg tebal
kita nak communicate dengan ALLAH..kenalah betul bacaannya..
itu ustazah kata..
time tu nak la dengar.sebab kalau tak buat,nnt ustazah marah kan.hehe

dah berapa tahun tak ada orang guide baca al-Quran...
dulu pegi kelas mengaji al-Quran dengan adik beradik
ayah mak beli beg mengaji satu sorang.abg punya warna hijau,sangkut kt belakang dia
yang kami bertiga perempuan ni ayah beli beg manik2. ada gambar masjid kat beg tu..
berjalan la kami berempat adik beradik ke rumah ustazah.
nama ustazah tu jamaliah.. sampai sekarang selalu je jumpa dia..
beg manik masjid pun ada lagi...

baru perasan...dah lama tak ada orang guide baca al-Quran..
lepas sekolah rendah, dah rasa pandai baca al-Quran sendiri..
baca macam sedap je..betul dah ni.pandai-pandai je..
bacala al-Quran tu sorang-sorang..
kalau ayah perasan,macam pelik je anak bongsu dia ni baca
ayah suruh duduk depan dia..
" ha..baca depan ayah.."
banyaknya kena tegur..salah rupanya baca sebelum ni..
nasib baik ayah ajarkan..

semalam. ada guru kedua..
itula guru yang paling unik.
orang arab. of couse muslimah. doktor pakar
unik sebab mereka berdua sempat untuk meluangkan masa dengan kami
walaupun jadual operation pack dari awal pagi

sorang sorang kena tadarus.
al-fatihah je pun.......
simple. senang je ni.hehe
rupanya, nak lepas sorang untuk tadarus al fatihah tu pun sangat payah.
bermula balik dari makhraj-makhraj huruf
macam kelas vocal menyanyi..
khoo..dhoo..qaf..
" open your mandible!! "
heh.tadi kata senang. rupanya semua lidah melayu. (haha)

orang sebelah aku silap baca..
ramai yang gelak..dan doktor tu pun cakap
" we born as zero. we are learning in our life. don't laugh at her "
gulpp..semua senyap..

betul..apa yang kita pandang enteng, sebenarnya itulah yang penting..
huruf-huruf yang diabaikan makhrajnya,mampu mengubah makna dan lafaznya..
dan itu beri kesan pada solat kita kan..
penghayatan kita pada solat pun effect.
takut-takut solat kita pun tak diterima
rasa simple lagi tak pada bacaan surah kita?

sama macam kita pandang sekilas je sampah tepi kaki..
biarlah..satu je pun kan..
tak nak ambil pun. tak nak tolong buangkan pun..
tak nak dapat pahala free pun..
kalau semua orang macam tu,habis la tempat duduk kita penuh dengan sampah.


dapat nampak ke? dapat faham ke?


jom jadi ehsan dalam semua benda
kita yakin ALLAH tu nampak apa yang kita buat. baru kita tak berani nak buat silap..


Dan katakanlah," bekerjalah kamu,maka ALLAH akan melihat pekerjaanmu,begitu juga rasul-Nya dan orang-orang mukmin,dan kamu akan dikembalikan kepada ALLAH yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan