rss
email
twitter
facebook

Saturday 27 November 2010

kita macam arab badwi tak?


assalamualaikum... :)

emosi sihat? fizikal awak mcmana? iman awak sihat tak?

nak share satu benda,alhamdulillah ALLAH izinkan saya untuk dapat.

orang-orang arab badwi berkata: " kami telah beriman." katakanlah kepada mereka,
"kamu belum beriman,tetapi katakanlah " kami telah tunduk(Islam) kerana iman belum masuk ke dalam hatimu.
dan jika kamu taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,Dia tidak akan mengurangi sedikit pun pahala amalmu.
sungguh,ALLAH Maha Pengampun,Maha Penyayang"
(49:14)

maksudnya?

orang arab badwi tu, orang arab yang bukan duduk di mekah atau madinah tau. diorang ni orang arab yang mengembala kambing semua tu. ada belajar dulu kan.mereka tanya pada Nabi,kami ni dah beriman. tapi Rasulullah jawab kamu ni Islam je,bukan beriman

diorang ni dah masuk Islam. tapi tak dikira sebagai orang yang beriman. kenapa pulak? sebab iman tu tak masuk dalam hati mereka.memang diorang Islam. tapi dua-dua kaki mereka tak masuk lagi dalam Islam sebab iman tu tak cukup menyerap lagi dalam hati diorang.

IMAN TU TEMPATNYA DI DALAM HATI

kenapa jadi macam ni?

ok. orang arab badwi ni banyak dah ALLAH sebut dalam al-Quran.
at-Taubah: 90
dalam surah al-Ahzab pun ada

mereka hidup jauh dari Rasulullah. Rasulullah tu kan duduk di Madinah.centre Islam di sana dengan para sahabat semua.Al-Quran turun pada Rasulullah.
jauh dari Rasullullah=jauh dari Al-Quran=tak faham Islam.

betul tak? macam mak kita memasak la.tak boleh nak bau masakan mak kalau kita ni duduk jauh dari mak. mana nak tau mak masak apa haritu,ikan ke,ayam ke.:)
sama jugalah macam kes orang Badwi. bila jauh dari Rasulullah,mereka tak berapa faham Islam. dan bila diajak berperang,macam-macam alasan yang diberi,kerana Islam tu tak cukup menyerap dalam hati mereka.

sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya,kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan ALLAH.mereka itulah orang-orang yang benar.
(49:15)

jadi,beriman ni ada 4 kriteria:

1.beriman kepada ALLAH
2.beriman kepada Rasul
3.Tidak ragu-ragu
4. jihad di jalan ALLAH dengan harta + jiwa

maka, bila mereka jauh dari Rasulullah dan al-Quran mereka tak faham Islam.

jadi,Islam tu boleh keluar dari diri kita bila iman tu tak ada dalam hati

mereka merasa berjasa kepadamu atas sebab keislaman mereka.katakanlah," janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu,sebenarnya ALLAH yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan,jika kamu orang yang benar.
(49:17)

orang arab badwi rasa mereka ni berjasa sebab mereka Islam.dapat tambah kuantiti umat Islam. tapi kualiti mereka kosong. sekadar buih di lautan

sepatutnya orang Badwi ni bersyukur sebab ALLAH bagi nikmat iman. jangan rasa berjasa pada ALLAH,tapi bersyukur ALLAH beri nikmat Islam

mesti ada sebab kenapa ALLAH sebut banyak kali tentang orang Badwi kan. mesti ada sebab.

ada rasa tak yang ALLAH cerita dalam ayat-ayat tadi tu,sebenarnya point dekat kita?
cuba tukarkan perkataan orang arab Badwi tu kepada kita.
memang confirm lah kita jauh dari Rasulullah,sebab Baginda dah wafat
tapi,Baginda tinggalkan al-Quran kan.

jangan jauh dari Al-Quran,takut-takut iman yang kita sangka ada,sebenarnya tak ada pun.
nauzubillah.nauzubillah.nauzubillah



maaf.entry ni agak berbunyi garang.tapi itulah realitinya bila kita jauh dari al-Quran(the only guide The Prophet left to us) kita tak faham Islam tu apa. iman tu apa.
memang kita tahu islam.tapi kita faham Islam tak?

tahu vs faham.
berbeza keduanya. insyALLAH,next entry. :)



Sunday 21 November 2010

aku ingin mencintaiMU

Dengan Nama ALLAH, yang Maha Pemurah,Maha Penyayang

seronok sangat2. bahagia sangat2 bila ada sahabat kita kata dia sayang pada kita.
rasa bahagia bila berkumpul dengan org2 yang faham, yg sayang dengan kita.
rasa kasih, sayang, cinta kat mereka-mereka ni. tambah-tambah lg bila mereka ni sanggup berkorban sama-sama dengan kita.

ini baru kasih kita pada manusia kan. kasih ALLAH dekat kita macam mana?
mesti sayang sgt2 dekat kita. tak henti-henti nikmat yang Dia beri pada kita.
nikmat masa - berterusan sampai mati
nikmat iman - automatik islam bila lahir dari perut mak. alhamdulillah
nikmat udara- free sepanjang hayat.

kalau kita senaraikan, tak cukup-cukup. kalau guna air laut sebagai dakwat pun, tak akan cukup. boleh bayang berapa byk nikmat yg ALLAH bg kat kita?
kalau kita tak buat apa yang Dia suruh, Dia bagi lagi nikmat. kita lawan perintah Dia, Dia bagi lagi harta pada kita. bila kita senang, Dia bagi ujian, bukan untuk susahkan kita, tapi nak ingatkan kita, supaya kita tak lupakan Dia.

kalau kita faham kasih sayang ALLAH tu, mesti kita tak marah kan bila kita susah.

boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu. ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui ( al-Baqarah : 216 )


****************************************************************************



aku ingin mendekatiMU,selamanya,
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemuMU,ya Robbi...