rss
email
twitter
facebook

Sunday 30 May 2010

anfaal 1.2

semalam. hari ini. saya gumbira...
sudah dapat rumah. rumah baru. sangat cantik + besar..
bila masuk je rumah baru ni semalam, terus terbayang anfaal..hehe
anfaalian..ini rumah anfaal versi 1.2 tau.. serius..lebih kurg je mcm anfaal..

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah
ALLAH makbulkan doa. penat mencari hampir seminggu berkeliaran menekan loceng2 rumah orang arab, dimarah, dibuat derk dengan org2 arab, akhirnya dapat jugak..
bantuan ALLAH yang tak disangka-sangka..
rupanya DIA suruh bersabar sedikit..AKU nak beri yang lebih baik dari yang dulu..
alhamdulillah..SYUKUR..

kakak2 tersayang, usrah2mate tersayang, sila datang rumah saya bila kita dah sampai mesir nanti ye. rindu dekat semua. sangat2 rindu..

** bila tgk baba(tuan rumah) semalam, dah merancang nak buat kek untuk baba.. baba pertama saya.(rumh sekarang tak ada baba.hoho). baba saya nampak pembersih, baik.hehe..

apa-apa2 pun, sgt semangat bila dapat rumah.study pun jadi laju.
nanti saya tunjukkan rumah baru saya ye.
oh, lepas hbs exam nnt akn diupload.;)




Wednesday 26 May 2010

bila nafsu jadi tuan

In The Name of ALLAH, The Most Gracious, The Most Merciful

kejadian di mesir, dengan perangai orang-orang arab yang semakin mengganas sekarang memang mencabar kesabaran warga-warga medic. mahu tidak mahu, pelbagai tips mungkin boleh dikongsi bersama

1. sebelum keluar rumah, bacalah ayat-ayat pendinding.ayat 3 qul, ayat kursi dan surah yasin, ayat yg ke 9

dan kami jadikan di hadapan mereka sekatan dan di belakang mereka juga sekat dan kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat


2. keluar lebih dari 3 orang. 3 orang lebih selamat kot.lebih ramai lebih bagus. walau pergi ke kedai yang disangka selamat.ingat, banyak sahaja kes berlaku di depan rumah sahaja


3. pakailah pakaian yang longgar dan tidak singkat
ada sahaja yang kena kacau ni orang yang bertudung labuh, tapi janganlah mencari pasal dengan keluar memakai baju yang ketat kan.. jangan cuba untuk stimulate orang arab di musim panas ni ok.

4. bawa sembur cili, gunting, HANDPHONE BERKAMERA.
sangat penting untuk menangkap gambar si penjenayah ini, supaya dapat dijadikan bukti kan. kalau keluar beramai2, sama-sama pakat, sorang bwk gunting, sorang bawak spray cili. bila macam nak kena je, bawak keluar cepat2.(mcm james bond pulak, tp untuk keselamatan kan)


5. bila sudah terkena dengan pak arab, JERIT KUAT2! sekuat yang boleh.biar pak arab terkejut, hatta korang yang kena raba pun terkejut dengan jeritan korg yang kuat tu. hoho.. HARAMUALAIK!!!

6. sila save semua nombor2 presiden persatuan, vice president, ustaz-ustaz ke..jika sudah jadi, terus call ok.


moga-moga kita ambil iktibar dengan apa yang berlaku hari ini. jangan disesali perkara yang sudah terjadi, tapi bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku. sediakan payung sebelum hujan ok. moga-moga tips ini bermanfaat untuk semua.
.




Tuesday 25 May 2010

tolong jangan bunuh diri

semakin ramai yang tidak sayangkan nyawa.merasakan nyawa begitu murah dan tidak berguna. saya baru sahaja melihat rating bunuh diri di malaysia yang rata-ratanya adalah dari kalangan remaja dan warga pertengahan 40-an.alasannya kerana si kekasih hati, tekanan hidup, hilang kasih sayang dan bermacam-macam alasan si mati yang dapat manusia yang masih hidup simpulkan.

bagi remaja, yang seawal umur 14 tahun, sudah ringan melakukan perkara sumbang
, melahirkan anak-anak luar nikah.merasakan diri tidak mahu menjaga si kecil, lalu dibunuh.dilemaskan.dicampak ke longkang, malah diberi anjing makan! mana perikemanusiaan manusia? di mana hilangnya? membunuh si kecil.walaupun bukan membunuh diri sendiri, tetapi bukankah itu darah daging sendiri?

tiada manusia di zaman fitnah ini yang tidak menerima tekanan hidup, hatta presiden negara juga boleh membunuh diri kerana tekanan kewangan. lebih banyak kes-kes bunuh diri di Amerika Syarikat dan Korea,dikalangan pekerja-pekerja dan juga pelajar kolej.lihatlah ke
san jika agama tiada dalam diri.nauzubillah..


ALLAH t
idak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dengan kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa atas kejahatan yang dikerjakannya. (Al-Baqarah: 286)


saya sangat-sangat terkesan apabila doktor di universiti pernah memberitahu, seseorang itu tidak mampu untuk membunuh dirinya. bagaimana? cuba tutup hidung anda, atau cuba tutup muka anda kuat-kuat dengan bantal. do it by yourself! awak tak akan berjaya untuk bunuh diri sendiri, kerana badan akan melakukan refleks, hidung yang ditutup itu akan dilepaskan, nafas akan tercungap-cungap, meminta oksigen dari udar
a untuk ke otak yang cuba dibunuh oleh diri sendiri. diri awak tak akan berjaya untuk membunuh diri! kecuali apabila akal menyuruh memotong radial artery di pergelangan tangan anda, kaki yang disuruh untuk melompat dari bangunan, dan melemaskan diri di sungai-sungai. kerana akal yang mahu membunuh diri. kerana sayang kepada diri yang sudah tiada.

bangunlah wahai umat. mengapa bersikap sebegini? sedar atau tidak, ramai lagi pejuang yang hidup satu masa dengan kita, berjuang demi agama hingga me
ngorbankan nyawa sedangkan ada di antara kita membunuh diri kerana si kumbang!


i choose to be killed by apatche(helicopter) rather than cardiac arrest! -Dr Abdul Aziz al-Rantissi


ya.alhamdulillah.ALLAH makbulkan hajatnya.beliau meninggal dengan ditembak oleh Apatche milik Israel pada 17 april 2004,untuk pertahankan agama dan Palestin. sedangkan pada waktu itu, negara kita malaysia sedang sibuk menguruskan anak-anak luar nikah yang dibuang, remaja-remaja yang sibuk berpeleseran di disko bersama dadah di tangan!

jangan gelengkan kepala sahaja apabila dibicara tentang pembunuhan.kita sendiri juga mungkin sedang membunuh diri sendiri.menzalimi diri sendiri dengan
merokok, addicted to drugs, melepak, tidak mahu belajar sedangkan exam sudah sangat dekat.

sudah terlalu banyak nikmat yang diberi oleh ALLAH. sedarkan semua kembali.emak, ayah, abg, kakak, mak long, atuk, nenek, kawan-kawan, semua. jangan jadi lebihan dunia.kita disini punya misi yang lebih besar. yakinlah dengan janji ALLAH, ke kanan syurga terbuka, ke kiri neraka sedang menyala.jom berlumba melakukan perkara baik.setiap ibadah yang kita lakukan, pasti ada balasan dan kebaikannya kan.
hadiah DIA infinity..tak ada penghujung. ALLAH suruh kita buat baik..pahala pun sangat-sangat banyak. kalaulah kita nampak pahala yang dijanjikan, pasti kita akan lakukan walau dalam keadaan merangkak! tak mampu untuk dihitung.tak mampu untuk ditulis rahmatnya. tersangat-sangatlah banyak..

we should always grateful for the blessing of ALLAH which HE would not only sustain the blessing, but HE promises HE will increase them!

bagi yang bercadang mahu membunuh diri,tolong jangan cuba bunuh diri.tolong jangan! ummat ini sangat memerlukan anda!

berdoalah..berdoa agar ALLAH memelihara diri kita.

ya ALLAH,aku berlindung pada-MU dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-MU dari sikap pengecut dan bakhil.aku juga berlindung pada-MU dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (al-Mathurat)




Monday 24 May 2010

khalifah pertama

khalifah pertama..Saidina Abu Bakar as-Siddiq
perkataan mu hanyalah benar,
perjuanganmu benar.menentang golongan kufur
menguatkan kembali ummah selepas Kekasih ALLAH itu tiada.
sayangmu pada Baginda s.a.w hanya engkau yang tahu.
cemburu aku apabila Kekasih ALLAH itu lena di ribaanmu.

khalifah.aku senabi denganmu.
jika engkau ada pada masa ini,pasti meruntun jiwamu
pasti marah dirimu
pasti habis diperangi israel itu.
kami dibelenggu jahiliyah wahai Abu Bakar!
kami kekurangan pejuang, kami diterajang!

aku rindukan engkau ya Amirul Mukminin.
rindukan Kekasih ALLAH itu juga.
rindu untuk berada pada zamanmu.
walau tidak pernah berada di sana, cukuplah dengan mendengarnya
agungnya ISLAM.Ampuhnya ISLAM.

benarlah sabda Nabi..bilangan akhir zaman seperti buih di lautan
ramai.tetapi lemah.sekali dilambung ombak, hilang!
malu aku denganmu.malu aku dengan ALLAH
ramai yang Islam.tetapi bukan islam
hanya pada nama.bukan pada perbuatan

aku tahu rahsia kepimpinanmu
engkau yakin dengan AL-QURAN.sunnah Nabi menjadi ikutan
bagaimana harus aku mengadu? rindunya aku padamu
aku tahu.hanya orang islam yang dapat menaikkan Islam kembali.
doakan kami disini wahai khalifah.
doakan kami..T.T







Saturday 22 May 2010

gelap ke cerah

berdiri sahaja aku di depan itu.
bersediakah untuk ditarbiah?
rupanya DIA arahkan aku untuk lebih bersedia
hati yang ditarbiyah,perlu warm up dulu
letakkan dia dengan ujian, biar dia belajar lagi
terkedu aku dengan tarbiah dari DIA

dulu,aku bangga dengan rumah aku
rumah aku maju.orangnya moden-moden,
keluarga.sahabat.guru.semuanya di situ.
bila aku tahu kebenaran
rumah aku dihuni parasit jahiliyah.
melekat di dinding.merata di lantai
takut aku untuk balik ke rumah.
tapi itu rumah aku.yang buruk itu rumah aku
yang perlu kikis jahiliyah itu aku

rindu aku dengan keagungan Rasulullah.
akhlaknya.al-aminnya.sayangkan ummatnya
mahu juga aku menjadi Saidina Abu Bakar r.a
menutup lubang ular dengan rasa sayang pada nabinya
cemburu aku Kekasih ALLAH itu di riba Saidina
air panas mata tidak berhenti mengalir kerana cemburu
rasa rindu.
sungguh.aku rindu.

diri aku sangat perlu tarbiyah
mereka beri tarbiyah itu
penuh sudah hati aku dengan tarbiah.
amal aku jelas niatnya bila tarbiah itu terang
aku perlu cat segala amal ini dengan warna hati
jadi sebahagian dari hati aku.
biar hati aku besar.biar akal aku besar.langkah aku juga besar

cantik hati itu.
sempurna ciptaanNYA.
tapi, titik hitam itu masih ada.
si hitam,jadilah putih dengan tarbiyah dari Tuhanmu

terkedu aku dengan tarbiyah DIA
terkedu aku bila disentuh sebegini rupa
terkedu aku dengan cinta Abu Bakar pada Nabi
terkedu aku bila banyaknya pengorbanan yang perlu ditaruh
terkedu aku bila ramai yang memimpin tangan
jangan kau lemah. DIA ada.tentera-tenteranya ada.
inilah masa berhijrah.sampai bila masih mahu menunggu?
TWIST lah engkau.biar arah terus berubah.
dari jahiliyah ke makruf
dari neraka ke jannah!




doakan aku istiqamah.


Wednesday 19 May 2010

may 19th,2010

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.


hari ini ada PERIL. PERIL anatomy yang dibuat sempena persediaan menghadapi exam yang dah dekat sangat ni.tapi, nak jugak post entry.heee

banyak benda jadi time PERIL. banyak benda yang boleh diambil pengajaran.btw, program ni dianjurkan by pelajar sendiri.pelajar 1st year sendiri yang uruskan(tahniah2), medicmesir yang sponsor(thanks umi!) dan ustaz yang tolong masakkan(kari ayam ustaz sedap seyh).aktif sangat student2 1st year tanta ni.hehe..alhamdulillah, tempiasnya kami dapat.banyak input2 yang diterima, keep it going!

time program, coordinator program cakap ada 5 Dr yang akan datang.'alahai..sikitnya..' macam dah agak boring dah time tu sebab nak tengok muka lecturer sebenarnya.moga2 timbul semangatlah. alhamdulillah, yang dtg td, wahh..macam satu department yang turun. hampir semua DR yg ajar saya dtg. dan berebut-rebut untuk bercakap. serius.seronok tengok bila orang berebut nak memberi ilmu kan. mereka bukan Dr biasa. itulah yang bagusnya belajar di mesir. DR akan memberikan ilmu yang sehabis2nya yang mereka ada. sampaikan kita pulak yang mahu dia stop.huuu..(sbb lapar, itu yang ada feeling nk stop tu). bila nak exam ni, tak kesah pun, lama mana Dr nak beri lecture, bagilah..manusia punya perangai. saya punya perangai. T.T


They said, you don't have to ask us, which one will come out in the exam. which one is important.because we already gave everything we know, everything inside your books is important!

Iz pun sudah kata. kita belajar biar semuanya kerana ALLAH, kerana kepuasan kita mahu berjaya, mahu sentiasa mumtaz bukan hanya pada exam, study biar habis2, detail2!

teringat kisah saya menerima aduan dari rakan baik saya. 'masyi..aku tak sihat.aku selalu rasa penat.tak larat je..selera makan aku pun kurang..' saya beri nasihat sekadar yang termampu. saya beri cadangan beli vitacid. like vitamin C lah. good for energy and all. sebulan macam tu, dia kata. 'masyi, aku ada ulcer dekat usus. usus aku luka. Dr tanya aku makan apa.aku cakap aku makan vitacid. dia cakap,patutlah awak kena.itu yang terukkan luka awak.' nak gugur jantung saya waktu tu. berkali-kali saya meminta maaf.saya tak tahu dia ada gastric. lagipun saya tidak bertauliah lagi.sudah tahu tak bertauliah, lagi nak bagi nasihat macam Dr.




tapi, bila sudah kerja nanti? kalau sudah silap mcmana? kalau sudah terpotong saraf, sudah 'terbuat' pesakit jadi cacat bagaimana? kita bertarung dengan nyawa manusia.yang tak boleh dibetulkan bila silap.tak boleh disambung dengan cellophane tape bila koyak. belajar medic bukan macam belajar arkitek.bila silap boleh padam.
kita perlu menjadi doktor luarbiasa.yang bukan biasa-biasa sahaja.tapi, kalau mahu menjadi doktor luar biasa, usaha juga perlu lebih luar biasa. tawakal pada ALLAH juga perlu luar biasa. hubungan dengan Pencipta juga perlu luar biasa. insyALLAH. segalanya boleh!

saya dah sangat takut hari ini. takut 'tercacatkan' orang. jadi, saya nak sambung belajar. jom!




hari ini jalan-jalan cari rumah.doakan saya dapat rumah yang luarbiasa baiknya ok.;)



Tuesday 18 May 2010

mari jadi pencinta fajar

alhamdulillah. hari ini bangun awal sikit. timbul segala aura-aura baik bila bangun awal pagi. ahli bait pun sedang nyenyak tidur lagi. biarlah.tidur lambat barangkali. jam baru je pukul 3.25am.(x adala awal sgt.hoho). tp seronok kalau dapat bangun awal sebelum azan subuh di mesir ni. keluar bilik saja, terdengar orang arab bercakap-cakap kat bwh 'apartment' ni.ok.x adala takut sangat.(hehe)

aku mahu jadi pencinta fajar. yang tegar. bukan biasa-biasa. mahu jadi ketagih bangun awal pagi. mengadu pada YANG SATU. biarlah bangun awal pagi ini seperti dadah yang special,membuatkan aku mahukan setiap hari.

apabila bangun pagi, semua perkara yang berlaku pada hari tu, jadi sgt2 baik. mood baik. belajar pun steady. badan rasa segar. melukis anatomy pun semuanya menjadi. semuanya baik. semuanya cemerlang. malah, ALLAH melihat aku dengan lebih jelas lagi,tatkala orang lain masih nyenyak dibuai mimpi.

fajar punya keagungannya. ALLAH juga sudah bersumpah demi waktu ini kan.

Demi fajar. dan malam yang sepuluh. ( Al-Fajr : 1 dan 2).

Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah, 2. dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya), 3. dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi. (Al-‘Aadiyaat ayat 1-3)


kebaikan fajar pasti menggunung tinggi sehinggakan ALLAH bersumpah demi waktu ini. dan apa yang dapat dikaji oleh manusia hanyalah sebahagiannya.

kesihatan manusia menjadi semakin baik apabila bangun pagi kerana gas-gas ozone yang sangat banyak pada waktu pagi dan akan berkurang sedikit demi sedikit hingga terbit sang matahari.gas ozone juga sangat baik untuk saraf,mengaktifkan kerja tulang dan otak. tak hairanlah kita dapat lihat,orang-orang Cina berjaya, mungkin kerana taichinya, mungkin mereka mencintai fajar,lebih dari kita sendiri kan. mereka jugalah yang majoritinya menghidupkan pagi di taman dengan berjoging dan exercise mereka,sedang kita leka menarik selimut ke dada.

Rasulullah SAW bersabda,
“malaikat yang bertugas malam dan malaikat yang bertugas pagi secara bergantian kepada kalian. Mereka bertemu pada saat solat subuh dan solat asar. Malaikat yang bertugas malam naik, lalu ditanya Allah padahal Dia lebih mengetahui daripada mereka, ‘bagaimana kalian meninggalkan hamba-hambaKu?’ para malaikat yang bertugas menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka sedang mengerjakan solat dan datang lagi kepada mereka saat mereka mengerjakan solat.’”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)



malulah kita dengan ALLAH..apabila DIA mengharapkan kita mengadu kepadaNYA,menangis kerana DIA, tetapi hambanya leka melayan kerenah mata. ALLAH sentiasa ingin memberi kebaikan kepada sesiapa yang bangun pagi, tetapi kita mensia-siakan. rugi apabila ada yang mahu memberi kebaikan, kita tidak ada. rugi apabila sudah ada yang menghulurkan,kita tidak menadah tangan.

kita mahu jadi orang ISLAM yang berjaya kan.orang ISLAM yang berjaya, memulakan harinya dengan solat, mengadu pada DIA, dan bersemangat sepanjang hari. kita perlu belajar tolak selimut dunia itu dari melingkar di badan kita. kita perlu belajar menolak dunia dari hati kerana apa yang baik di hati hanyalah ALLAH, dan dunia itu hanyalah pada tangan kita,yang mampu kita takluk, dan yang mampu kita tolak.

semoga ALLAH merahmati dan menerima suara-suara hambaNYA yang merintih berdoa untuk keredhaanNYA. amin ya Rabb





buku usrah dah siap.asal nampak tremko je, ingat cairo. haih.x sabar ni(hehe)


Monday 17 May 2010

dakwah itu perlu berterusan

tak lama dahulu, bukankah kita bersama-sama sahabat.
memegang satu tujuan.
untuk berubah kerana DIA.
tidak mahu kering, tidak mahu hilang masa dengan sia-sia.
aku harap kau tidak lupa.

dakwah yang kita dapat,menyinari hati kita bukan?
kerana itu kita tidak kisah kesana ke mari.
hanya untuk mendapat pengisian hati.
supaya kita lebih memahami, apa yang penting untuk diri.
maka, mengapa langkahmu seperti perlahan ketika musim imtihan ini?

adakah bisikan halus itu menyuruh engkau berhenti dari mencari makanan hati?
atau,itu dari hatimu sendiri?
ia tak sepatutnya berhenti
aku tak mahu engkau mendiamkan diri.kita sedang berusaha untuk berubah kan?

fatrah imtihan ini bukan imtihan duniawi semata,
malah ada ujian istimewa untuk kita,
ujian dari DIA,
samada engkau utamakan DIA atau dunia.
kita perlu kejar redha DIA.kita perlu kejar cinta DIA.
ini yang perlu kita cari bersama!





perkara ini bukan hobi.kita kan mahu jadi bidadari.nun di syurga nanti.




Sunday 16 May 2010

selamat hari guru!

semalam hari guru..(lupa lagi)

selamat hari guru kepada ayah(guru all time)>> cikgu2 taska abim >> cikgu2 sekolah rendah agama al-furqan,kota lama kiri,KK >> sekolah rendah agama ulum syariah wal quraniah,KK >> sek. rendah agama al-hidayah,IPOH >> sek.men. agama al-hidayah,IPOH >> sek.men.keb. bukit merchu >> MSU,shah alam >> uni.of tanta,EGYPT.

serius,ramainye cikgu saya..(haha)
tak masuk lagi cikgu2 yang berusaha membina akhlak dan peribadi saya.
sister2..brother2..kawan sebaya dan tak sebaya..
ramainya..

ramai sgt cikgu kita.bertambah setiap tahun.
kita sahaja yang ingat atau tak ingat diorang kan.

sampai skrg saya ingt cikgu dekat skolah kebangsaan dulu.cikgu math. nama dia cikgu hasnah. dia yang stimulate saya untuk belajar,bukan dalam math je,tp semua. walaupun tgh sarat pregnant pun, dia daki jugak tangga, mengajar kelas ktorg.5 agama.

yang stimulate saya untuk lebih minat science? cikgu2 dekat kelas tuisyen indera saya. cikgu india..sampai sekarang saya x tahu nama mereka( teruknya) , tapi sampai sekarang saya ingat diorang ajar saya bio, chemistry,physics..saya selalu gak dtg lewat kat tuisyen, tp cikgu pulak yang backup saya. entah.pelik jugak.haha. tp sampai sekarang saya ingt,dan saya berdoa,moga diorang dpt hidayah dari ALLAH,supaya memeluk ISLAM.saya mahu guru ISLAM seperti mereka.

saya ada cikgu 2 hari jugak. cikgu sebaya saya. kamarularifin and afzal dari MCKK..ajar saya physics and addmath.terima kasih sensei! x lupa jugak 2 orang lagi.syafiq n ..... (lupa) T.T . ajar saya bio and chemistry. seronok dgn korg

byk sgt kisah2 dengan cikgu ni. ada yang baik dan buruk. tapi,merekalah guru kita. yang mengajar kita baik buruk kan..
jangan lupa,Rasullullah s.a.w juga guru kita.guru terbaik agama ISLAM kita.. terima kasih kekasih ALLAH.. aku sedang berusaha mengikut sunnah terbesarmu.. amin ya rabb




TERIMA KASIH CIKGU!!




sebiru langit pagi

pagi jalan-jalan ke istad dengan kawan-kawan.. picnic.
menyedut angin pagi ke hidung yang asyik didiami habuk-habuk mesir ni..
bersama dengan si kecil..kehadiran dia mampu menggembirakan 12 orang yang ada. ;)



ini dia anak kak sa. mujahidah,insyALLAH..



berat dia=berat saya. (haha)


payung terbesar mesir..guna tikar..demi si kecil ni,kami tebalkan muka jugak.hehe



pokok ada ada dekat depan apartment.cantik.setiap kali lalu, mesti tak lepas pandang. ;)



itu je yang dapat diisi untuk entry ni..seronok ada picnic pg2. nanti buat lg ok. heee



Wednesday 12 May 2010

kawan, jangan marah

alhamdulillah segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam..
minda saya seronok bila mendengar exam akan ditangguhkan.seronok sebab ada banyak masa.seronok sebab boleh lebih relaks..boleh buat banyak 'benda'.hoho
tapi, mana boleh sia-siakan nikmat masa lapang ni kan..so, saya bukak lah video-video yang baik untuk saya dan semua..best..Nouman Ali Khan.Quran Weekly..10 minit sahaja dah cukup banyak disisipkan nasihat.tapi, nak buffer dia..sehari..=.="(internet mmg prob)

apa yang Nouman ckp? beliau sharing tentang marah..macam seronok..so,click!
wahhhh..best2!
apa yang beliau sharing?

surah asy-Syura:36-37

" apa yang diberikan kepada kamu,maka ia adalah kesenangan hidup di dunia sahaja,tetapi apa yang ada di sisi ALLAH adalah LEBIH BAIK,KEKAL bagi orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya."


apa yang ALLAH beri pada kita sekarang ni,macam rumah,wajah yang cute,kereta, tajaan, syarikat,pakaian, semua itu adalah kesenangan hidup di dunia sahaja..tak boleh bawa ke akhirat. yang ALLAH beri pada kita, hanyalah satu keperluan, bukan kepentingan bagi kita..betul, kita perlukan rumah, perlukan pakaian.tapi ianya tak membawa kepentingan kepada kita nanti,nun di akhirat nanti.

tapi, apa yang ALLAH beri, bukan sahaja lebih baik, malah lebih kekal. subhanALLAH..sudahlah baik, kekal pulak..jika kamu ada rumah di dunia, DIA beri rumah yang lebih baik lagi, lebih kekal lagi time akhirat nanti. lebih kekal..semua yang ada di dunia ini, ALLAH akan tambah lagi dengan perkara yang lebih baik lagi.

jadi, kenapa nak marah pada benda yang tak kekal, yang tak bawa kepentingan pun pada kita? marah awak boleh dilenyapkan dengan mudah jika meletakkan dunia ini famatak.perlu, tapi tidak penting pun. kita kejar benda yang lebih baik dan kekal kan? x perlu nak marah-marah..sabar.. :) ALLAH pujuk kita kan dalam ayat ni. x payah marah.AKU ada yang lebih baik untuk kamu..bersabarlah sedikit..sweetnya ALLAH..

tapi,ALLAH janji jika kita beriman dan berserah bulat-bulat kepada DIA.
berserah bulat-bulat, maksudnya jika diduga, awak berserah.jika ada ujian, awak redha,dan berserah.bukan setelah lama, baru berserah..ini berserah tahap tinggi punya. maka, ALLAH sudah confirmkan hadiah DIA kepada golongan ini..awak nak syurga? syurga tu mahal.bukan calang-calang orang yang dapat hidup disana.bukan calang-calang.golongan hebat sahaja yang boleh. itulah yang kita kena kejar kan..?

"dan lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan keji dan apabila mereka marah.mereka segera memaafkan."


ALLAH tambah lagi.DIA akan bagi lebih lagi kepada yang menjauhi dari melakukan dosa-dosa yang besar dan keji.dan apabila mereka marah,segera memaafkan!
eh, susah ni. dahla orang tu buat macam-macam kat aku, nak maafkan pulak!
itulah antara ciri-ciri orang yang bertaqwa. memaafkan saudaranya time orang buat salah dekat kita.time tu jugak. bukan dah habis marah, dah calm, awak maafkan..immediately.

sounds hard kan? jangan risau..kita semua mampu untuk berubah.kita semua mampu untuk jadi lebih baik.semuanya bermula jika awak mahu.

bagaimana? semuanya perlu bermula dari akarnya.pokok itu kuat kerana akarnya yang kuat.kita bina dari bawah..segala bergantung kepada iman yang hidup di dalam hati. pembersihan hati di mana setiap langkah untuk melakukan sesuatu perkara, betulkan niat di hati.lakukan hanya kerana DIA. sandarkan pada yang Maha Abadi itu. malah, yakin dengan segala janji-janjiNYA. percaya kepada kesempurnaan janjiNYA..semuanya dari hati.
sudah tentu tidak boleh berubah dalam sehari bukan? berusahalah..

kita sedang mengejar sesuatu yang tiada mata pernah melihat, tiada hidung pernah mencium dan tiada telinga pernah mendengar.
sesuatu yang abadi. jangan marah pada hal dunia yang tidak dapat kita capai.
kita sedang mengejar syurga!
tempat paling harmoni,tiada keluh kesah di dalamnya.
malah, pertemuan dengan ALLAH,Maha Agung dan Maha Penyayang.
tegarkah kita mengejar?
sama-sama kita satukan tangan,
saya bantu awak, awak bantu saya,
moga kita reunion di syurga sambil berkata "kita berjaya" di hadapan DIA!
mendengar ucapan "selamat" dari Pencipta.

friends



p.e.a.c.e=ISLAM!

Tuesday 11 May 2010

??

saya pernah dan sedang asyik tertanya-tanya..
tentang kematangan.tentang akhlak.tentang iman.
cukup baik ke? orang selesa ke dgn saya?
susahnya nak jawab soalan tu..

macam mana mahu improve diri?
macam mana saya tahu apa yang saya buat betul?
macam mana saya tahu itu suara hati saya, atau suara suara si penghuni neraka itu?
macam mana?

saya memang sedang confuse.
boleh tak tolong jawabkan?

Saturday 8 May 2010

selamat hari ibu


kata setiap hari ingat mak.
setiap hari ingat pengorbanan mak..tapi lupa hari ibu sedunia..T.T
kelam kabut sekejap bila tahu hari ini hari emak.nak nangis pun ada.
bukan apa,takut emak ingat,saya sbg anaknya lupakan dia.x pernah.x pernah adik lupa
nasib baik ALLAH buka jalan.supaya ingat.yang hari ini hari emak.
terima kasih ALLAH..terima kasih!

kalau ckp ttg mak,rasa nak nangis je..betul..x ada apa yg mak buat,yang x sentuh hati kita.
even,pandang muka emak pun boleh timbul rasa insaf dlm diri..timbul rasa mahu jadi seperti dia..
darjat ibu juga telah diangkat di sisi ALLAH..

keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa


hebatnya..teringat apabila seorang sahabat pada zaman Rasullullah s.a.w yang mahu berjuang,berjihad di medan perang.tetapi tidak diizinkan kerana masalah kesihatannya..lalu,beliau menyatakan keinginannya untuk berjihad juga kepada kekasih ALLAH itu..lalu,Rasullullah berkata: "adakah kamu masih mempunyai ibu bapa?" kata beliau: "ada ya Rasullullah..Baginda berkata lagi : "pergilah berbakti kepada mereka"

tak putus2 ingatan saya terhadap ibu bapa saya yang sangatlah banyak berkorban untuk anak-anak..
tidak salah kot untuk saya selitkan sedikit pengorbanan mereka,jerih payah mereka menempuh hidup demi kesenangan anak-anak.

bila emak dan ayah berkahwin, apa saja yang ada.gaji yg x seberapa,dicatu berdua,dikumpul sedikit demi sedikit..bila 2 tahun bersama, barulah dikurniakan cahaya sulung pertama..Luqman namanya..itu abg saya,the only brother that i have..walaupun mak tgh mengandung,mak duduk dekat belakang basikal ayah.itu je kenderaan mereka sewaktu awal perkahwinan.ayah sebagai guru,bekerja sambilan menjual telur masin..

masuk anak kedua..Ainul Mardhiah..ini anak paling nakal time kecil.mak yang kata..hehe..anak yang tgh menulis ni,mak ckp baik sgt..keh3..tengah mak sarat mengandung,waktu tu mak pergi masjid dengan ayah..dgn takdirNYA,mak jatuh dekat tangga..alhamdulillah,mak selamat.tapi,mak jatuh terduduk,mungkin itu penyebab mak sakit buah pinggang. jadi,jaga2 peranakan anda,bahaya sangat jatuh terduduk ok!

anak ketiga..Atiqah..comel sgt dia ni time kecil.dia yang paling putih..saya pun putih jugak.time kecik la..hehe
time itu..ayah dan mak dah mula berniaga..berniaga kecil-kecilan di pasar.ayah dan mak sangat pandai simpan duit.belanja untuk makanan tidak dihirau.makanlah banyak mana.asalkan tidak membazir.mereka bukan berkira. time ini,sudah mengajar anak-anak buat kerja.biar diajar hidup susah kan.saya sgt suka konsep mak ayah.BUAT KERJA BIAR SAMA-SAMA..

masuklah anak keempat ini..anak bongsu..target mak ayah nak anak 10.tapi,setengah pun tak dapat..7 bulan dalam kandungan,mak dah dikawal rapi dengan doktor-doktor pakar.yang dr singh ada,dr melayu pun ada. berselirat wayar-wayar di badannya. risaukan glucose level mak,blood pressure mak,kandungan mak..
alhamdulillah,lahir juga anak yang sorg ni.Masyitah..mak ckp saya kecil je..besar botol kicap katanya..hiperbola sungguh! hehe..alhamdulillah kami adik beradik tak banyak ragamnya.senang dijaga.carilah botol susu atau puting yang selalu disumbat bila merengek tu,x ada kat rumah kami.kami tak guna botol susu pun.puting susu pun takde.baik kan..heee


selepas dari lahirnya saya,sakit mak makin teruk.she has kidney failure,bilaterally..
terus ayah bekerja sungguh-sungguh supaya emak dapat merasa pergi haji,rumah besar,hidup gembira.
ayah saya luar biasa. rajin sangat-sangat.ayah kerja kuat,kumpul duit supaya mereka dapat pergi haji sama-sama.
ayah bina rumah khas untuk mak,supaya mak dapat hidup senang sedikit.

even sekarang,pagi ayah ke sekolah. habis sekolah terus ke kebun di kampung. macam-macam ada kat situ. buah limau bali madu. pokok petai. pokok buah mata kucing. madu lebah pun ada. binatang? lagi banyak. kambing ( reban tu pun ayah buat sendiri,kemas sangat2),itik,ayam peru,ayam kampung,kucing. harmoni je diorang duduk sekali..kerja ayah teliti. kerja yang orang lain boleh buat sebulan,dia buat 3 bulan.padan dengan hasilnya.kemas.cantik.reban kambing disangka rumah org.hehe

emak pernah ckp pada kami.dulu time hidung kami tersumbat,selalu berdengkur dan ayah nampak macam kami sangat susah nak bernafas. ayah pernah sedut hingus kami tu,by his own mouth.Maybe a bit disgusting for you,tapi rasa nak peluk ayah time tu jugak. Dia x peduli.asalkan anak-anak perempuan dia dapat bernafas dengan baik time tidur.Luar biasa kan ayah?

mak saya dialysis 3 kali seminggu.4 hours each time. 48 hours per month.tapi dia kuat.sudah hampir belasan tahun,itulah rutin dia.tapi, bila kami meniaga,dialah yang paling kuat.dialah yang paling aktif.tapi dialah yang paling kurus. selalu geram dengan mak bila dia tak mahu makan calcium supplement dia.selalu nak minum banyak. bukan apa,tak mahu dia penat..orang yang sakit buah pinggang tak boleh minum banyak air,sebab nanti banyak air dalam badan dan menyebabkan penat..her urine is just to little compared to water that she take. selalu nak bersihkan rumah walaupun selepas dialysis. mak jarang tunjukkan sakit dia. Once mak collapse,kami tahu,mak betul-betul sakit. betapa dia nak menyembunyikan sakit dia sedaya upaya..

mak saya pernah mengalirkan air mata ketika saya pernah brief tentang sakitnya.dari awal,sehingga apa yang perlu dia jaga. saya terang mechanism di dalam badan dia. as simple as i can,to make her understand. tapi,saya terkedu bila dia mengesat air mata menggunakan kain batiknya. mungkin emak terharu anaknya sedang mengkaji sakitnya..


post ini bukan untuk mengangkat mak ayah saya.tapi,saya nak semua sedar,inilah mak ayah kita.tak ada beza pun.mereka berdua,macam berlumba pun ada,demi kesenangan anak-anak mereka. entahlah,walau ke hujung usia,x cukup untuk balas jasa dua insan ini.terlalu banyak budi mereka kan?

emak,terima kasih.
ayah,terima kasih.
kamu berdua penguat hidup saya.
moga adik jadi sekuat kalian.
hanya ALLAH tempat aku pinta,
moga kalian berada di kalangan ahli-ahli syurga.
berdua,menari bersama,bergurau senda
kerana hanya itu yang layak bagi anda,kerana anda insan terbaik
selamat hari ibu emak tersayang,
tidak lupa juga kepada ayah tercinta,
salam rindu dan sayang dari anak yang banyak salahnya.

Friday 7 May 2010

moga sihat kamu semua!

cuaca mesir memang x menentu..
panasnya,ada juga rasa sejuk.panas yang terik sehingga boleh merebahkan saya selama beberapa jam. badan memaksa juga untuk berehat.
dehydrate pn ada..hari ini sahaja sudah mendengar ramai yg x sihat kerana cuaca.
ada juga kerana makanannya.keracunan barangkali..

ramai yang sakit? ya..mereka juga yg sgt rapat pd saya..
roomate saya..T.T
yang sedang nyenyak tidur dek panahan dadah dr ubat selsema yg ditelan..dos di mesir ni mcm kuat bg malaysian..mungkin kerana org arab ni besar2 yg menyebabkan dos sesuatu ubat itu tinggi.
housemate saya yg dr td asyik pegang hidung,byk dh hbs tisu.bgn2 tidur sudah x ada suara.huhu..
kesian mereka..
caironian juga..sehari sebelum exam sudah collapse dek badan yang lemah,x mampu menanggung kesakitan..

sedih bila lihat org2 kesayangan ni sakit..sungguh.kerana pernah merasa juga kesakitan mereka.
apa bantuan yg patut aku hulur?
cukupkah sekadar masakan bubur nasi td? cukupkah sekadar bertanya khabar? cukupkah usaha aku utk menyenangkan kalian? x cukup aku rasa..
sihatlah anda semua.sihatlah..x sanggup aku dgr kesakitan kamu.
tak mengapa.ALLAH sedang menguji..pahala kamu mengalir jika kamu sentiasa berzikir mengingati ILAHI..sabar.sabar.sabar.kamu semua sedang diuji kan..ALLAH sayang pada hamba-hamba yang mengingati-NYA tatkala senang atau susah,sakit atau sihat,sempit atau lapang.

esok kita keluar..jogging mungkin? jika kamu x berdaya,aku pimpin ok?
kita ke mana2 sahaja.selepas subuh kita bergerak.kerana udara pada waktu itu belum dirasuk pencemaran lagi.kita keluar.biar seronok badan menerima udara segar subuh hari..
moga kamu sihat.aku doakan.sentiasa aku doakan..






Thursday 6 May 2010

exam manusia

"exam delay? ha?"
"mana boleh! nk blik malaysia la! ape ni.."
"nasib baik delay..byk lg aku x study ni.."
"apa muslihat gamaah ek nk delay pulak exam ni.."


wah..mcm2 keluhan yang keluar dari pelajar2 malaysia 1st year university of tanta tadi..
gamat dewan tu bila diberitahu exam yang kami nanti2 tu,delay sampai 12june nih.
supposely,our exam will be held on 10may.hampir sebulan exam kami ditangguhkan..
terkejut kan bila announcement yg gempak mcm tu,tanpa ada apa2 tanda dan khabar dtg pd kita..
macam2 reaksi student yg ada.mengeluh..gembira..lega..x rasa apa2 pn ada..=.="
reaksi saya? mengeluh+lega.hehe..org depan saya mcm x rasa apa2 je..

ada hikmah ke benda ni? ada ibrah ke yg dpt kita kutip? ADA. PASTI ADA.
tarikh tu kan hanya satu masa.yang penting,mcmana kita nk perform dlm exam tu kan..
kalau saya yg x cukup study lg ni,inila peluang yg baik utk cover all the chapters that i didn't cover yet.
kena buat peluru byk2.tentera2 kena cukup,strategi kena kemas lagi,bom biar mantap!
kan ini hikmahnya..
pasal balik malaysia lambat? erm..itulah..(T.T) xpe..syukur dpt balik jugak.dr yang x balik.kan?


byk reaksi yang dpt kita tgk kan.senyum,gembira,monyok,hampa,biasa2 je
apa kejadian yang nanti,confirm kita akan hadapi, x dpt kita jangka masa,dan tanpa khabar berita tu? AKHIRAT


sekiranya golongan yg ingkar itu masih tidak mahu menerima peringatan,maka tidak ada lagi saat yg mereka tunggu melainkan saat kiamat yg akan dtg kpd mereka secara mengejut,kerana sesungguhnya telah dtg tanda2nya.(muhammad:18)


kita x dpt nk jangka masanya..Nabi Muhammad s.a.w juga diberi ilmu ttg tanda-tandanya sahaja. tanda-tanda kiamat tu pun dah banyak kan..
dah disebut dalam al-Quran keadaan2 manusia yang akan dikumpulkan dari umat Nabi Adam sehinggalah umat nabi yang terakhir iaitu KITA.

ingatlah hari kiamat dimana ada muka org2 yang menjadi putih berseri,ada muka yg hitam legam. (al-Imraan: 106)


dan dimana hari yang apa-apa taubat tidak diterima.


wahai org2 yg beriman! sebarkanlah sebahagian dari apa yg telah Kami berikan kepada kamu,sebelum tibanya hari kiamat yg tidak ada jual beli padanya,tiada teman yg memberi manfaat serta tiada pertolongan syafaat.( al-Baqarah: 254)


bersedia x nak menghadapi hari kiamat yang lebih besar kejutannya dari kejutan exam manusia hari ni?


jangan sampai matahari sudah berada di barat baru nak bertaubat.


sunset


dari org yang nak putih mukanya di hari akhirat.

Tuesday 4 May 2010

kita ni lebih wajib utk excel!

semalam aku kena cubit.sakit.
memang sakit utk terima kenyataan.terima kenyataan tentang diri sendiri.
"masyi x usaha pun utk lawan sebenarnya kn?"
aah..x usaha sungguh2 pun. x salahkn bisikan2 makhluk laknat tu.salahkan diri sendiri

Belajarlah.nanti last minute menyesal.ALLAH hanya akan tlg org2 yang layak menerima pertolongan
TAWAKAL KEPADA ALLAH BAGAIMANA?
iaitu sesudah berusaha sehabis baik
sehingga kita boleh berkata kpd diri sendiri,kalau diberi aku utk putar masa kembali,x ada apa2 yang aku akan perbaiki,sebab aku mmg sudah buat sehabis dayaku!
I have done my best ability,there is nothing I would have done better!
konsep tawakal org islam begitu
maka ALLAH akan menolongnya.
work with what you have
no point of regretting the time that has past
just work with this last.work with it!
yakinlah dgn pertolongan ALLAH.. SELEPAS berusaha!
DIA akn menolongmu dgn cara yang tidak disangka

if you dont study for yourself
then, do it for dakwah!
we can't afford to have a sister in dakwah failing her exam!
because other people will say,itulah..join sgt dakwah tu
org x salahkan individu,tapi dakwah
we can't have that guilt on our shoulder
kita yang join dakwah ni LEBIH WAJIB UTK EXCEL dlm study berbanding org yg x join dakwah
sebab itu boleh dikira sbg dakwah kita juga.
org juga sedang meneropong kita

but do believe in ALLAH,sebab ALLAH akan menolong orang yang menolong agamaNYA (47: 7)


selamat bermujahadah masyi.lepas exam boleh balik malaysia...







ehem..ini chat bulat2 antara saya dan kakak tersayang ireland.
saya x boleh nk cut apa2,sebab semuanya masuk ke hati..
saya rasa perlu share dgn rakan2 juang saya,penting utk share dgn awak.
sebab ini antara saya,awak,DIA!

Sunday 2 May 2010

rindu.rindu.

aku termenung melihat langit biru itu
apakah mereka juga memandang sama
merindui aku seperti aku merindu mereka?
Ya Rabb.sungguh.aku rindu.tersangat rindu.

rinduku utk bersama mentadabbur ayat suci
masa ber'dating' dgnNYA yg panjang,spongebob ini pun minta digemukkan lagi
aku rindu penyampaian dari hati ke hati
aku rindu ukhuwah jarak jauh ini!

kelmarin,seorang teman mengadu.
keringnya.dahaganya.dimana harus kita cari kekuatan.
ya.aku sedar.kita sama2 perlukan bekalan tenaga itu
utk teruskan perjuangan.
tapi aku perlu gagah juga dihadapan dia
supaya tidak merembes kelesuan itu pada dia
agar dapat dia merasa,aku juga mencuba utk melawan rindu

tapi,rupanya,rindu itu tidak dpt dilawan.sgt kuat rindu itu minta utk diubati
wahai hati..sabarlah sedikit lagi..sedikit saja lagi
aku tahu kamu minta diisi.aku tahu tenagamu tidak sekuat dulu lagi.
kasihan hati.kasihan jiwa.kasihan tuan empunya diri.

lalu,kekuatan ini harus kembali agar aku tidak tersungkur dek resah hati
teman seperjuangan tempat me' reload' tenaga kembali
alhamdulillah.yang jauh dicari,rupa2nya yang dekat juga boleh mengubati
di kala sendiri menyepi,kalam-kalam suci memberi impak tersendiri
ya. kalam-kalam suci yang dahulu kita selami bersama,aku selak kembali

ya Rabb..benarlah kalamMU bermukjizat.
kalamMU berupaya menenangkan hati,menghilangkan lesu
terima kasih ya ALLAH..terima kasih menaikkan graf semangat ini
aku mendapat tenaga kembali..
wahai mereka yang dirindui, semoga kita berpeluang berjumpa lagi,
agar dapat aku melepaskan rindu yang bersisa ini

Missing_You


ehem. bila ukhuwah tu diikat dengan sentuhan Al-Quran, beginila rindunya.dan kami juga memang sukakan perasaan rindu begini. ukhuwafillah abadan abada

Saturday 1 May 2010

1 mei

baru teringat.hari ini 1 mei.1 mei adalah hari pekerja.
cepatnya masa berlalu.mcm baru je ucap dekat ayah, selamat hari pekerja, ayah.
cepatnya masa berlalu.cepat sgt.

kalau dekat malaysia, byklah iklan2 yang disiarkan hanya utk ucapkan selamat hari pekerja kepada rakyat2 jelata.
tanda terima kasih kerajaan kepada rakyat, kerana bekerja utk mereka. x kurang juga ada majikan yang membelanja staf2 makan dan sebagainya.ditambah lagi bila untung syarikat meningkat.wah..lagi meriah la kan


love


bila dah mcm2 org beri dan hargai kerja kita,makin semangat utk buat kerja kan.

" mat,arini aku nak belanja kaulah.bagusnya kerja kau.tersusun kedai ni bila ada kau."

berbunga2 hati mat kan.naik segala unsur2 baik dalam badan.mesti lagi semangat utk buat kerja selepas ni.niat utk buat kerja pun,dah semakin baik.utk kebaikan syarikat.hehe..manusia2..mmg bila dipuji,dihargai,sukanya dia..


tapi, kalau kita bekerja demi manusia,demi syarikat,demi wang,bolehkah niat tu sentiasa konsisten dan seiring dgn mutu kerja?
sama juga mcm menuntut ilmu,bila niat belajar tu kerana mahu mumtaz, utk mak ayah,utk dpt pujian org,boleh bertahankah kita?
kalau kita buat kerja,belajar,bukan kerana ALLAH, bukankah sama sahaja seperti robot. robot yang tak tahu apa tujuannya. bila diprogram,buat kerja.hanya buat kerja.kerja.kerja.such an uneventful,routinic life kn..

bandingkan dgn org yg buat kerja kerana ALLAH..dia ada target yg lebih jauh.utk ISLAM.utk ummah.biar semua dpt manfaat dgn hasil kerja dia.langkahnya tidak lesu bila dimarah oleh tuan. x patah semangatnya.lebih semangat utk membaiki diri.
kerana apa? niat dia kerana satu.ALLAH.


nampak x apa yang berbeza bila niat kita hanya kerana DIA?


kepentingan niat ni pun diletakkan dalam tempat pertama di dalam kitab Hadis 40

Drpd Amirul Mukminin Abu Hafs,Umar bin al-Khattab r.a katanya: "aku mendengar Rasullullah s.a.w bersabda: "bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap org mendapat pahala berdasarkan apa yang diniatkan."


Dah nampak kepentingan niat kan.mesti dah mula set niat masing2 kn. niat baik2,hanya kerana DIA. sungguh,bila semua yang kita lakukan kerana DIA,kerja yang kita buat insyALLAH bertambah baik, malah dikira sebagai ibadah. pahala dpt,seronok pun dapat.


tapi,jika rasa lesu,penat di tengah jalan, bermakna ada kesalahan pada niat pertama.
perlu lebih ikhlas lagi hati kita. update niat selalu.jgn biar niat kita lesu, dan tidak terarah.agar target kita tercapai, tidak sia-sia masa yang dah diberikan.


Love




moga niat saya menjadi blogger pun tak lari.huhuu..