rss
email
twitter
facebook

Wednesday 8 September 2010

terketar


waktu senggang, petang ini. tiada lagi sibuk seperti hari semalam dan sebelumnya.
petang yang bukan hujan.tenang. macam merangsang aku untuk bermuhasabah.
berpesan, belum sampai ke situ lagi. aku juga sedang kuat ditolak angin.

ramadhan.2 hari lagi bakal ditutup oleh ALLAH.
keberkatan.
tarawih.
pintu syurga yg seluas2nya dibuka,tiada.
musuh manusia,laknatullah menghuni kembali.
berbuka puasa ramai-ramai. terlentok-lentok waktu sahur pun tiada.


apa ibadah yang sempurna? ibadah mana yang diterima?
seikhlas hatikah aku beribadah?
diterima atau tidak oleh DIA?


aku cuba senaraikan. qiam.tadarus.hafazan.solat dhuha.sedekah.sumbangan utk fakir.
tak cukup.tak cukup dalam list.
bila tak cukup, mula kelam kabut.
hati kata, lepas ramadhan boleh lagi. tak ape laa...
risaukan, ini mungkin ramadhan terakhir.siapa tahu.

cemburu dengan sahabat yang b'puasa di mesir. sangat terasa kata mereka.
masjid yang seperti mahu banjir dengan air mata.menangisi pemergian ramadhan kareem.
di malaysia pula,pesta baju kurung dan kuih muih.
apa perasaan umat Islam yang berpuasa tahun ini?
seronok dengan datangnya aidilfitri, atau sayu dengan akhirnya ramadhan?
muhasabah sama-sama

ramadhan Pictures, Images and Photos



eh.tulis pun dah kelam kabut, terketar punya pasal lah ni.






0 comments:

Post a Comment