rss
email
twitter
facebook

Friday 11 June 2010

cahaya

Diri sudah rasa tidak seimbang sewaktu fatrah imtihan ini.rasa kering.spongebob pun sudah mula mengeras, tidak menyerap air. sudahlah kering, melompat ke lumpur pula.semakin susah air jernih itu mahu masuk.

*********************************************************

" masyi, jom baca Al-Quran." kata salah seorang housemate. memang sudah menjadi rutin, usai menunaikan solat isyak, ahli bait ummu qais ini akan membaca 2 surah, Al-Mulk dan surah pilihan. dalam hati, ada sedikit rasa tidak mahu diganggu melihat movie korea itu.

" sesiapa ada sharing?" soalan yang biasa diberi selepas selesai membaca surah. sharing yang sangat effective untuk mengetuk hati ahli2 rumah ini. apa sahaja topik. surah yang tersentuh apabila dibaca. apa-apa sahaja. lalu, seorang housemate saya bersuara. " ada. nak cakap tentang cahaya." kata dia. " kita pernah baca, pada hari akhirat nanti, sewaktu kita dikumpulkan, akan muncul 3 cahaya. cahaya bintang, bulan, matahari.


1.cahaya yang seperti bintang
2. cahaya yang seakan-akan bulan
3. cahaya seperti matahari



cahaya yang seperti bintang itu, adalah dari diri seorang hamba yang meninggalkan perkara duniawi lalu mengambil air wudhunya, dan bersedia di tikar sejadahnya.

cahaya seakan-akan bulan itu, dari hamba yang mengambil wudhu sebelum azan, bersedia mendengar azan, sambil mambaca Al-Quran.

cahaya seakan-akan matahari, terpancar dari hamba yang sudah menapak dan berada di masjid untuk solat berjemaah sebelum bilal melaungkan azan.

layakkah untuk cahaya yang seterik matahari?
layakkah untuk cahaya setenang bulan?
layakkah untuk cahaya yang secantik bintang?

saya sudah menggeleng-gelengkan kepala. sudah tentu tidak layak. movie, facebook, malahan buku masih menjadi perhatian tatkala ajakan solat itu dilaungkan.

walaupun kita ini sedang membaca buku pelajaran, dan terdengar azan, perlu kita tinggalkan.walaupun membaca itu sangat2lah bagus, tinggalkan juga. walau post blog itu bagus, tinggalkan juga. bersembang tentang agama, tangguhkan sebentar. semuanya kerana azan.



masyitah, masyitah, macamana mahu jadi bidadari syurga jika asyik leka begini? T.T




1 comments:

aimantashkiL said...

wah....
terbaik..sesama ahli bait ada sifat saling mengingati... =)
mabruk!

Post a Comment