rss
email
twitter
facebook

Wednesday 15 December 2010

hati


sambil jalan-jalan, suka sangat tengok gelagat orang

suka menafsir orang. dari gaya, cara bercakap, senyumnya
kadang-kadang rasa macam nak jadi macam orang lain
cool.stylo.kesayangan semua orang.lembut(kot.haha)
sebab macam best je kalau jadi macam tu

kadang-kadang bila pakai baju kurung, tukar jadi ayu
bila pakai jeans, langkah pun besar-besar.tangkas sedikit.
blouse pulak buat aku jadi feminin
mudah aku ikut mood-mood baju

bila aku b'kawan dengan orang yang suka buat hal, aku pun kadang-kadang terikut
walaupun tak buat apa yang dia buat
tapi aku sedar aku dah cenderung ke situ
bila b'kawan dengan yang baik,
sedikit-sedikit aku cuba ubah diri aku.
dahulu supaya dia tidak segan dengan aku
lambat laun b'tukar keranaNya

bila tengok kawan-kawan yang tak study
momentum study jadi lambat.
malah,menjadi negatif
lihat kalendar.exam lambat lagi

bila lihat mereka,seronok bergelak ketawa,berkawan dengan si adam
malah kadang-kadang berbalas senyuman
buatkan aku rasa mahu.mahu seperti itu.
nauzubillah.nauzubillah.nauzubillah


jika aku hidup di tengah-tengah masyarakat
bebas pergaulan.pakaian. akhlak.ibadah.
tiada rasa mahu berlumba ke arah kebaikan
apa tindakan aku?


macam mana kalau aku rindukan jahiliyah aku yang dahulu??
baju-baju dahulu yang dah disimpan, mungkinkah akan diselongkar kembali?
m'buzz kembali kawan-kawan adam
aku akan rasa senang ke hidup macam dulu??

nauzubillah.nauzubillah
sungguh..hanya ALLAH yang memegang hati-hati. berhak bagi ALLAH untuk membolak-balikkan hati
jika semalam dia bertudung labuh,esoknya mungkin hijabnya kemana
semalam dia di kelab malam, esok esoknya mungkin menjadi lebih hebat dari kita

berdoalah.berdoa.
agar tidak ditarik nikmat iman.
kita pun tahu kan,hati ni kan paling mudah berubah
lebih hebat dari isi periuk yang menggelegak
nauzubillah
moga aku tidak rindu jahiliyah dahulu.tidak rindu dengan semua itu
kerana aku tahu, hidup aku baru bermula setahun yang lalu.
ALLAH..tetapkan hati aku.tetapkan aku di jalan ini.kerana aku mahu bersamaMu di sana nanti




2 comments:

fnma said...

definitely can relate to this. wuwu T_T may Allah forgive us for our shortcomings in our aqeedah and ibdaha. may He hold our hearts and not let us go astray from Him :)

Wafa said...

nice writing..done following your blog..hope u dont mind to follow mine =)

Post a Comment