rss
email
twitter
facebook

Monday 23 May 2011

si A. si B.



sekarang ni aku dan semua student tanta dalam fatrah imtihan (waktu peperiksaan). ada yang kelam kabut tak khatam lagi buku-buku yang banyak tu.aku la antaranya (hehe). ada jugak yang memang yakin je. sebabnya dia dah setel semua. nota,latihan,past year question setel,semangat dia pun. kadang-kadang bila b'sama dengan orang yang begini,si A, lagi rasa kerdil, sebabnya rasa kita yang si B tak cukup berusaha.

A: B,jangan lupa ek,kalau kita punya jawapan kena lengkap tau. midbrain at the level of the superior colliculus with silver stain. nanti tak d
apat markah penuh lak kita.
B: ok.
A: awak ada tak clear mana-mana tak? jangan lupa kita punya level-level spinal cord tu.kalau setel semua ni, confirm lah! dapat mumtaz kita tahun ni.lagipun aku dah usaha gila-gila ni.
B:ok.insyALLAH. (...gulp)

takutnya bila ada orang bertanya dah siap ke belum buku tu. dah khatam dah lukisan semua ni. ada jugak rasa syukur, ada orang nak ingatkan aku.

ALLAH nak tegur tu masyiii..

macam-macam yg ALLAH nak tegur kan,banyak yang ALLAH nak tunjuk. kalau engkau berusaha banyak tu, banyak tu lah yang engkau dapat.sunnatullahnya begitu. tak boleh sekadar berserah,bertawakal semata..

si A yang bekerja keras. dalam hatinya mungkin terbit rasa yakin dengan usaha dia.
dan si B yang tenang, walaupun tanpa persediaan yang cukup, bertawakal pada DIA sahaja.

selalu je dengar orang ckp
" tawakal je lah. ALLAH yang pegang semua. DIA mampu ubah apa je!"
" kau dah study belum? habisla kau kalau tak study. tak boleh jawab kau nanti."
" malaslah nak ambik tahu hal orang ni. kita berserah je, supaya dia tu baik lah nanti"

banyaknya definisi tawakal kita. berserah bulat-bulat. tak perlu berusaha. dah nak exam, baru kita tawakal lah.

jom kita cuba faham tawakal tu apa. :)

Tawakal merupakan ibadah hati, dan tidak terkait dengan anggota badan. anggota badan kita harus bekerja keras seolah tiada tawakal. sedangkan hati kita tidak mempedulikan keadaan anggota badan itu,sehingga tidak akan memikirkan hukum-sebab akibat, dan hanya terkait dengan Allah saja.
(Amru Khaled, buku hati sebening mata air)


kita sentiasa perlu berusaha. dengan anggota badan.kaki,tangan,akal. dan perlu sentiasa tawakal. dalam hati. tanpa fikirkan usaha kita tadi.


tak boleh duduk diam. rasa terkejar-kejar nak belajar, nak improve diri, nak dekat dengan ALLAH, nak mengajar orang, nak dakwah banyak-banyak kat orang. sebab kita memang kena usaha. usaha seperti tiada tawakal, seperti ALLAH tak ada untuk tolong kita.

hati kita pulak kena sentiasa refresh. tajdid niat. perbaharui sebab, kenapa aku buat semua benda ni. dan hanya bergantung pada ALLAH. tak ada keduanya. hanya pada DIA sahaja. ALLAH je yang boleh tentukan aku berjaya ke tidak.

kita pun tak fikir yang usaha kita ni effect pada hasil kita. ALLAH sahaja yang berhak tentukan hasilnya. kalau kita berjaya masuk syurga pun, bukan sebab ibadah kita kan. sebab rahmat ALLAH tu.sebab ALLAH izinkan..

B yang sentiasa bertawakal, tetapi anggotanya tak cukup berusaha lagi. memang ALLAH tu akan beri, dengan rahmatNYA, tapi sunnatullahnya siapa buat lebih, dia dapat lebih.
macam kek yang ada dalam bilik yang terkunci. kalau kita tak cari kunci, mustahil lah untuk makan kek tu kan..

Rasulullah, kekasih ALLAH, setiap kali nak berperang, pasti ada strategi.strategi untuk menang. untuk kalahkan si penyokong thaghut. Rasulullah tak bergoyang kaki menunggu bantuan ALLAH bukan?

kau kena usaha jugak.tak boleh mengharap dari ALLAH je. mana usaha yang kau beri, jihad kau bukan jihad, pengorbanan kau tak ada. berusaha berusaha dan berusaha. kemudian berdoa. ALLAH kan sentiasa dengar apa yang kita keluh kesahkan..

A yang sentiasa berusaha, sentiasa b'kejar-kejar nak belajar. berjaya dia kerana usaha?

" katakanlah,' siapakah yang dapat memelihara kamu di waktu malam dan siang hari selain ALLAH Yang Maha Pemurah.' " (al-Anbiya:42)

usaha kita tak ada apa-apa.. ianya sebesar zarah jika dibentangkan di hadapan ALLAH, kerana usaha kita tidak beri apa-apa kesan pada ALLAH. usaha kita bukan tiket ke syurga. mahalnya syurga tu bukan kerana usaha dan ibadah kita, tapi mahalnya kerana rahmat ALLAH. hanya dengan izin ALLAH, kita dapat masuk ke sana kan.

kalau tengok dalam al-Quran, tak ada satu pun ayat tentang tawakal, yang tak disertai dengan sifat-sifat ALLAH.. :)

al-Furqan: 58

at-Taubah:129

pasti ALLAH mahu kita yakin yang kita sedang bertawakal pada kuasa yang Maha Hebat. bukan kuasa biasa biasa. bergantung pada kuasa yang terlalu hebat dari semua kuasa yang ada. barulah kita boleh lega, berserah diri pada kuasa yang Maha Agung kan. baru boleh berlindung dengan Al-Aziz, Ar-Rahman.

barulah boleh berkata ' aku ada ALLAH yang BESARRRRR ' kan?

kalau ada masalah, dengan tenang kita berkata

' Hey problem, I have a biggg ALLAH lahh! '



Ibnu Abbas pernah b'kata: ' ketika aku kecil, Nabi berkata kepadaku ;

" wahai ghulam(pemuda),aku akan ajarkan padamu beberapa kata. Jagalah ALLAH, maka DIA akan menjagamu. Jagalah ALLAH,maka kau akan dapatkan DIA dihadapanmu,jika kau meminta, mintalah pada ALLAH, jika minta pertolongan, mintalah kepada ALLAH. ketahuilah, sekiranya seluruh umat berkumpul ingin memberi manfaat kepadamu, mereka tidak akan dapat memberi manfaat kecuali ALLAH telah tuliskan untukmu. Jika mereka berkumpul untuk membinasakanmu, mereka tidak dapat berbuat begitu kecuali dengan apa yang ALLAH tulis untukmu. Pena telah terangkat dan kertas telah kering. (HR At-Tirmidzi dan Imam Ahmad)


tawakal pun perlu dilatih. semakin banyak perkara yang datang, semakin tinggi tawakal kita.
berdoalah, moga ALLAH golongkan kita dalam golongan mutawakkil (orang yang bertawakal),yang hanya berharapkan ALLAH sahaja sebagai Penolong kita.


p/s: ada lagi 11 exam berbaki. nak minta doa dari orang yang baca boleh? :D




1 comments:

a.J said...

u got my doa iA! doakan for others too. sayafakillah ya ukhti!- org kauthar:)

Post a Comment