rss
email
twitter
facebook

Sunday, 21 November 2010

aku ingin mencintaiMU

Dengan Nama ALLAH, yang Maha Pemurah,Maha Penyayang

seronok sangat2. bahagia sangat2 bila ada sahabat kita kata dia sayang pada kita.
rasa bahagia bila berkumpul dengan org2 yang faham, yg sayang dengan kita.
rasa kasih, sayang, cinta kat mereka-mereka ni. tambah-tambah lg bila mereka ni sanggup berkorban sama-sama dengan kita.

ini baru kasih kita pada manusia kan. kasih ALLAH dekat kita macam mana?
mesti sayang sgt2 dekat kita. tak henti-henti nikmat yang Dia beri pada kita.
nikmat masa - berterusan sampai mati
nikmat iman - automatik islam bila lahir dari perut mak. alhamdulillah
nikmat udara- free sepanjang hayat.

kalau kita senaraikan, tak cukup-cukup. kalau guna air laut sebagai dakwat pun, tak akan cukup. boleh bayang berapa byk nikmat yg ALLAH bg kat kita?
kalau kita tak buat apa yang Dia suruh, Dia bagi lagi nikmat. kita lawan perintah Dia, Dia bagi lagi harta pada kita. bila kita senang, Dia bagi ujian, bukan untuk susahkan kita, tapi nak ingatkan kita, supaya kita tak lupakan Dia.

kalau kita faham kasih sayang ALLAH tu, mesti kita tak marah kan bila kita susah.

boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu. ALLAH mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui ( al-Baqarah : 216 )


****************************************************************************



aku ingin mendekatiMU,selamanya,
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemuMU,ya Robbi...




Thursday, 16 September 2010

akhawat.TOLONG!


di mesir
dulu seronok sangat bila pergi usrah.
seronok berpegang tangan dengan akhawat2. kata jek, my akhawat is my hero.;)
bila dapat pengisian yang betul-betul tembak hati, menangis sorang-sorang before tidur
ada kawan buat silap depan mata, tak senang duduk.nak tegur cepat-cepat


sebelum balik malaysia pulak,
berkobar nak baca buku usrah. tak nak hilang arah.
kompas tak leh kacau bilau. kena ada degree sendiri
semua buku usrah nak bawak.
minta bacaan online dari akhawat
semangat


dah sampai malaysia
tolong mak. kadang-kadang sampai malam
jaga budak kecik.
kemas rumah.basuh pinggan,basuh baju, etc
sampai tak sempat nak pegi program
semangat dah merudum. beban di belakang makin banyak.mendaki gunung dah susah
tapi, setiap hari set mind.esok aku buat lebih baik! ah.tak ada hasil jugak


dah nak balik malaysia.
baru nak set jalan balik.
siapkan planat.study plan.
baca-baca blog balik. ambil semangat balik.



kenapa jadi macam ni? aku memang tengah bermuhasabah.
ramadhan tak berapa cemerlang. hanya b'doa, moga next ramadhan akan datang lagi
semangat naik turun. aku hilang momentum.
kuasa kuda dah hilang. tak ada kekuda untuk halang musuh.
musuh dalam diri.


kena mula balik. akhawat, semuanya hero saya kan.tolong tarik. nak naik atas.nak bersihkan badan.nak semangat sama macam semua balik.......





Wednesday, 8 September 2010

terketar


waktu senggang, petang ini. tiada lagi sibuk seperti hari semalam dan sebelumnya.
petang yang bukan hujan.tenang. macam merangsang aku untuk bermuhasabah.
berpesan, belum sampai ke situ lagi. aku juga sedang kuat ditolak angin.

ramadhan.2 hari lagi bakal ditutup oleh ALLAH.
keberkatan.
tarawih.
pintu syurga yg seluas2nya dibuka,tiada.
musuh manusia,laknatullah menghuni kembali.
berbuka puasa ramai-ramai. terlentok-lentok waktu sahur pun tiada.


apa ibadah yang sempurna? ibadah mana yang diterima?
seikhlas hatikah aku beribadah?
diterima atau tidak oleh DIA?


aku cuba senaraikan. qiam.tadarus.hafazan.solat dhuha.sedekah.sumbangan utk fakir.
tak cukup.tak cukup dalam list.
bila tak cukup, mula kelam kabut.
hati kata, lepas ramadhan boleh lagi. tak ape laa...
risaukan, ini mungkin ramadhan terakhir.siapa tahu.

cemburu dengan sahabat yang b'puasa di mesir. sangat terasa kata mereka.
masjid yang seperti mahu banjir dengan air mata.menangisi pemergian ramadhan kareem.
di malaysia pula,pesta baju kurung dan kuih muih.
apa perasaan umat Islam yang berpuasa tahun ini?
seronok dengan datangnya aidilfitri, atau sayu dengan akhirnya ramadhan?
muhasabah sama-sama

ramadhan Pictures, Images and Photos



eh.tulis pun dah kelam kabut, terketar punya pasal lah ni.






Tuesday, 17 August 2010

bukan sekadar puasa

alhamdulillah..fatrah puasa sudah agak lama menguji.
alhamdulillah..masih mampu membetulkan niat.
niat yang lama, mahu berpuasa bersama-sama dengan mereka,
namun, puasa yang sekarang ini, berlainan dari 20 tahun lalu. dihadiri dengan orang baru
bila bersahur,menjenguk si kecil yang nyenyak tidur itu. dicubit-cubit dahulu pipinya

tahun ini juga, lain rasanya.aktiviti aku penuh.semangat juga lain.
berbeza semangat menahan nafsu. ditambah dengan tanggungjawab
berniaga.menjaga si kecil itu. dan bermacam lagi
memang menguji ramadhan aku.

memang bukan sekadar puasa.
jika puasa seseorang muslim itu hanya menahan lapar dan dahaga
berbuka, bersahur apabila cukup waktunya
orang cina, india,kristian pun boleh berpuasa
namun,aku harapkan, puasa kali ini, tak mahu sekadar berpuasa
biar borong habis-habisan pahala puasa.
kan seronok.
alhamdulillah.biarlah sampai ke penghujung, puasa aku,tak akan aku biarkan ianya hanya sekadar berpuasa. :)





Saturday, 14 August 2010

Ainul Batrisya,heroin baru


alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah
august 5, 2010 lahir seorang lagi pejuang ISLAM.
penyeri rumah, penceria keluarga bila balik rumah,
semua serbu budak kecik ni. bila keluar bilik, mesti masuk bilik dia.
sayangnya pada dia. syukurnya pada DIA.

ALLAH, pelihara si kecil ini, biar si manja ini dilakar dengan lukisan-MU
seronok bila lihat dia tersenyum panjang
senyum kerana mendengar azan dan iqamah di telinga kiri dan kanan tenang sangat wajahnya kerana ALLAH, aku sayangkan dia