rss
email
twitter
facebook

Monday, 19 July 2010

hasil


sekitar pukul 5 semalam, alhamdulillah, result first year sudah pun keluar.
very unexpected result..sgt2 unexpected..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..itu je yang mampu aku hadiahkan utk ALLAH..
rasa syukur yang amat sangat..rasa lega yang amat sgt
alhamdulillah..ALLAH tahu apa yang diminta. ALLAH dengar rintihan semua

siapa sangka, orang yang kita ingatkan mumtaz, lain jadinya..
ingatkan dia fail, lebih2 baik dr kita.
itu tanda rahmatNYA..itu tanda ujianNYA,itu memang tanda kita tak mampu mengukur masa depan.aku pun tak terlepas, walau sedikit
najah atau tidak, itu semua ujian. ujian untuk melihat,aku hamba yang bersyukur atau tidak

tahniah pada yang mumtaz,jayyid jiddan, jayyid, maqbul, yang kena dur thani.semua. tahniah
ini hasil dari bajaan kita.
tak semua dapat rezeki yang sama. tak semua usahanya sama
ummi kata, yang penting ilmu itu.bukan result. setakat mana kita berusaha untuk ke arah mumtaz, itu yang penting.
doa dan tawakal. usaha.redha ALLAH. berkat ibu bapa.hubungan dengan manusia.dengan Pencipta.

Keys to Success Pictures, Images and Photos

tahniah pada sayang saya, nur faryanna farahim. mumtaz anda satu ujian kan?
faezah hasnor,amalia nadrah dan dila idrus, sama2 kita sujud syukur ok. ;)
owh, siti zuhairah, jek saya, kita sama2 JJ kan..;) alhamdulillah..
tahniah sayang2 sekalian..sama2 packing barang utk balik msia
akak2 sayang juga, terima kasih sentiasa hulurkan tangan berdoa b'sama kami

eh.dah macam ucapan dapat anugerah je.haha..tgh speechless, mmg mcm ni..;)

p/s:siapa sangka,dah 5 tahun tak jumpa, tiba2 dah ada depan mata kan. ALLAH, itu mmg satu ujian bagi aku.






Friday, 9 July 2010

debaran result


27hb june hari itu, memang merdeka lah semua budak2 medic 1st year dekat tanta ni. oral histology, subjek yang akhir ditempuh sebelum merdeka exam dunia ini.
" seven.seven.one." panggil dr tu.walaupun hanya histology, berdebar jugak. lecturer yang menanya, seperti tak ada hentinya. byk yang doktor tanya. haversian canal lah.cardiac muscle. cell cytology. bone tissue. adehh..byk..detail sgt pulak tu. banyak yang ditanya, boleh dijawab, tapi byk melencongnya sebab tak tahu detail dia. sudah panjang lebar jugak aku jawab, ditunggu lagi.detail betul dr kt department histology ni.itulah, take easy sgt histology. junior, jgn jd mcm aku ok..(hoho)



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

flight yang sepatutnya 6june, saya delaykan. takutkan resultlah yang memaksa aku buat keputusan macam ni. kesian mak.kesian ayah.kalau balik awal, boleh tolong apa yang patut. aku menghantar housemate yang balik. memang sedih bila kenangkan sepatutnya aku jugak yang kemas-kemas barang, yang tarik beg-beg yang berat tu. tapi semuanya kehendak ALLAH. itu plan DIA. tak ada sepatutnya rasa tidak redha itu. astaghfirullah.
pandai syaitan bermain panahnya, memanah hati supaya kecewa dengan keputusan.
sedangkan ALLAH itulah sebaik-baik pembuat keputusan. betulkan niat, supaya masuk dalam jalan yang betul kembali.

risau..risau jika ALLAH meletakkan result yang terbaik untuk aku itu, bukan result yang aku akan syukuri. risau aku akan rasa tidak puas hati. hati juga tidak mampu untuk bertawakal dengan sepenuh hati, kerana tahu, usaha aku bukanlah yang terbaik..jika diputar masa, banyak lagi yang perlu diperbaiki.perlu banyak lagi usaha. inilah sesalan untuk orang-orang yang bazirkan masa.

" demi masa. sesungguhnya manusia dalam kerugian"

memang terkena batang hidung sendiri. setiap kali bicara tentang usaha, memang menusuk hati sendiri. sakitnya usah dikira. masakan masa boleh diputar bukan. kalaulah boleh aku putar masa, akan aku buat yang terbaik. bukankah sama ayat ini dengan ayat orang-orang kafir di akhirat nanti apabila dipertemukan dengan kebenaran, neraka itu untuk orang yang lalai, syurga itu untuk para mujahid?

apabila hampir datang janji kiamat yang benar, terbeliaklah mata orang-orang kafir itu, sambil berkata, aduhai celakanya kami,sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiayai diri sendiri [21:97]

jangan buang masa lagi. jangan buang masa lagi.jangan jadi orang yang sering lupakan 2 nikmat ALLAH itu. nikmat sihat dan masa lapang. jangan jangan. tak mahu jadi orang yang gagal.orang yang gagal, tak termasuk dalam tentera-tentera ALLAH. aku nak jadi tentera ALLAH. mahu Rasullullah lihat aku memberi sumbangan pada umat.

tentang result itu. hanya bertawakal semampu mungkin kepadanya.perlu lebih banyak berdoa. perlu lebih banyak bertahajud. moga ALLAH masukkan aku dalam tenteraNYA. moga dapat berjumpa dengan family yang sedang menunggu di sana. perlu tabah setabah ayah. perlu kuat sekuat emak. perlu juga tahan rindu pada mereka. mengharapkan, result itu tidak membebankan mereka. takut untuk memikirkan.takut untuk menduga. maka,hanya airmata pada DIA dapat aku alirkan.


p/s: dari laptop ada :


Tuesday, 29 June 2010

baru~~

seperti yang dijanjikan
muka baru. tajuk baru. harap2 idea pn lebih baru dan seronok. ;)


bulan ni, byk benda yg baru
> beg baru
> rumah baru
> ahli bait baru
> bilik baru
> semangat baru? hoho


semoga korg pun semakin seronok tgk layout baru ni ok
sembang serang tak ditukar
byk je yg tak ditukar, supaya ada mood yg dlu..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

rasullullah memilih calon-calon yang layak untuk membawa, menyebarkan dakwah bersama baginda. antara ciri-cirinya:

1. berani(kelelakian)
2. akhlak yang tinggi
3. tak pernah gagal dalam hidup

bila rasa down, teringat ni. bila malas, teringat ni.
nak jadi tentera ALLAH. tak nak tengok je ISLAM tu menang. nak masuk padang jugak.




Saturday, 12 June 2010

----****----

kekangan masa
buku yang minta utk dibaca
past year question yg perlu dijawab
hafalan beratusan
kena utamakan yang utama

blog ini tidak diberhentikan kerana gulung tikar
blog ini ditangguhkan sebentar.
untuk kemunculan yg lebih mantop harapnya..;)
layout baru.style baru.semangat baru
selepas exam(28june) akan diupdate kembali ok..

teruskn membaca, teruskan bermujahadah
moga ALLAH menilai usaha kita
untuk mencarinya..
doakan saya, utk 3 paper yg masih bersisa













Friday, 11 June 2010

cahaya

Diri sudah rasa tidak seimbang sewaktu fatrah imtihan ini.rasa kering.spongebob pun sudah mula mengeras, tidak menyerap air. sudahlah kering, melompat ke lumpur pula.semakin susah air jernih itu mahu masuk.

*********************************************************

" masyi, jom baca Al-Quran." kata salah seorang housemate. memang sudah menjadi rutin, usai menunaikan solat isyak, ahli bait ummu qais ini akan membaca 2 surah, Al-Mulk dan surah pilihan. dalam hati, ada sedikit rasa tidak mahu diganggu melihat movie korea itu.

" sesiapa ada sharing?" soalan yang biasa diberi selepas selesai membaca surah. sharing yang sangat effective untuk mengetuk hati ahli2 rumah ini. apa sahaja topik. surah yang tersentuh apabila dibaca. apa-apa sahaja. lalu, seorang housemate saya bersuara. " ada. nak cakap tentang cahaya." kata dia. " kita pernah baca, pada hari akhirat nanti, sewaktu kita dikumpulkan, akan muncul 3 cahaya. cahaya bintang, bulan, matahari.


1.cahaya yang seperti bintang
2. cahaya yang seakan-akan bulan
3. cahaya seperti matahari



cahaya yang seperti bintang itu, adalah dari diri seorang hamba yang meninggalkan perkara duniawi lalu mengambil air wudhunya, dan bersedia di tikar sejadahnya.

cahaya seakan-akan bulan itu, dari hamba yang mengambil wudhu sebelum azan, bersedia mendengar azan, sambil mambaca Al-Quran.

cahaya seakan-akan matahari, terpancar dari hamba yang sudah menapak dan berada di masjid untuk solat berjemaah sebelum bilal melaungkan azan.

layakkah untuk cahaya yang seterik matahari?
layakkah untuk cahaya setenang bulan?
layakkah untuk cahaya yang secantik bintang?

saya sudah menggeleng-gelengkan kepala. sudah tentu tidak layak. movie, facebook, malahan buku masih menjadi perhatian tatkala ajakan solat itu dilaungkan.

walaupun kita ini sedang membaca buku pelajaran, dan terdengar azan, perlu kita tinggalkan.walaupun membaca itu sangat2lah bagus, tinggalkan juga. walau post blog itu bagus, tinggalkan juga. bersembang tentang agama, tangguhkan sebentar. semuanya kerana azan.



masyitah, masyitah, macamana mahu jadi bidadari syurga jika asyik leka begini? T.T