rss
email
twitter
facebook

Friday 9 July 2010

debaran result


27hb june hari itu, memang merdeka lah semua budak2 medic 1st year dekat tanta ni. oral histology, subjek yang akhir ditempuh sebelum merdeka exam dunia ini.
" seven.seven.one." panggil dr tu.walaupun hanya histology, berdebar jugak. lecturer yang menanya, seperti tak ada hentinya. byk yang doktor tanya. haversian canal lah.cardiac muscle. cell cytology. bone tissue. adehh..byk..detail sgt pulak tu. banyak yang ditanya, boleh dijawab, tapi byk melencongnya sebab tak tahu detail dia. sudah panjang lebar jugak aku jawab, ditunggu lagi.detail betul dr kt department histology ni.itulah, take easy sgt histology. junior, jgn jd mcm aku ok..(hoho)



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

flight yang sepatutnya 6june, saya delaykan. takutkan resultlah yang memaksa aku buat keputusan macam ni. kesian mak.kesian ayah.kalau balik awal, boleh tolong apa yang patut. aku menghantar housemate yang balik. memang sedih bila kenangkan sepatutnya aku jugak yang kemas-kemas barang, yang tarik beg-beg yang berat tu. tapi semuanya kehendak ALLAH. itu plan DIA. tak ada sepatutnya rasa tidak redha itu. astaghfirullah.
pandai syaitan bermain panahnya, memanah hati supaya kecewa dengan keputusan.
sedangkan ALLAH itulah sebaik-baik pembuat keputusan. betulkan niat, supaya masuk dalam jalan yang betul kembali.

risau..risau jika ALLAH meletakkan result yang terbaik untuk aku itu, bukan result yang aku akan syukuri. risau aku akan rasa tidak puas hati. hati juga tidak mampu untuk bertawakal dengan sepenuh hati, kerana tahu, usaha aku bukanlah yang terbaik..jika diputar masa, banyak lagi yang perlu diperbaiki.perlu banyak lagi usaha. inilah sesalan untuk orang-orang yang bazirkan masa.

" demi masa. sesungguhnya manusia dalam kerugian"

memang terkena batang hidung sendiri. setiap kali bicara tentang usaha, memang menusuk hati sendiri. sakitnya usah dikira. masakan masa boleh diputar bukan. kalaulah boleh aku putar masa, akan aku buat yang terbaik. bukankah sama ayat ini dengan ayat orang-orang kafir di akhirat nanti apabila dipertemukan dengan kebenaran, neraka itu untuk orang yang lalai, syurga itu untuk para mujahid?

apabila hampir datang janji kiamat yang benar, terbeliaklah mata orang-orang kafir itu, sambil berkata, aduhai celakanya kami,sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiayai diri sendiri [21:97]

jangan buang masa lagi. jangan buang masa lagi.jangan jadi orang yang sering lupakan 2 nikmat ALLAH itu. nikmat sihat dan masa lapang. jangan jangan. tak mahu jadi orang yang gagal.orang yang gagal, tak termasuk dalam tentera-tentera ALLAH. aku nak jadi tentera ALLAH. mahu Rasullullah lihat aku memberi sumbangan pada umat.

tentang result itu. hanya bertawakal semampu mungkin kepadanya.perlu lebih banyak berdoa. perlu lebih banyak bertahajud. moga ALLAH masukkan aku dalam tenteraNYA. moga dapat berjumpa dengan family yang sedang menunggu di sana. perlu tabah setabah ayah. perlu kuat sekuat emak. perlu juga tahan rindu pada mereka. mengharapkan, result itu tidak membebankan mereka. takut untuk memikirkan.takut untuk menduga. maka,hanya airmata pada DIA dapat aku alirkan.


p/s: dari laptop ada :


0 comments:

Post a Comment