rss
email
twitter
facebook

Wednesday 21 July 2010

malam sebelum malaysia


sudah 2.18 am. mata masih tak mampu untuk lelap. inferior palpebral muscle saya masih mengikut sympathetic untuk aktif pada 2/3 malam ini. sambil duduk di hadapan lappy, berchatting dengan usrahmate.padahal esok sudah mahu balik malaysia.bersembang tentang gambar2 di fb ummi. seronok. bersembang dengan mereka seronok. kerana mereka sejalan.


risaunya nak tinggalkan mesir. risau nak balik malaysia. lagipun, aku suka sangat masa di mesir. waktu subuhnya, dhuha, maghrib, kalau mahu bertahajud pun seronok. masanya sesuai untuk beribadah. dhuhanya cantik. siapa sangka, negara yang berdebu ini ada juga orang yang suka. entahlah.. mungkin, bila di sini, aku rasa lebih dekat denganNYA, dan terasa sangat ke-barakah-an NYA.


risau nak tinggalkan kawan2. eh bukan. risau ditinggalkan oleh mereka. sebab mereka penguat aku. bila dekat malaysia, aku takut tak ada yang menegur. takut rumah aku tu mengubah aku.
bagi yang belum datang ke mesir, atau belum ke mana2 luar negara,dan tidak menerima sebarang pengisian hati, mungkin tidak faham kenapa perlu takut untuk balik ke negara sendiri. bila keluar dari sana, baru aku sedar, kita dah jauh, dalam ke jahiliyah. tiada sistem ISLAM, walaupun ianya ISLAM. suasana rumah bukan ISLAM,walau penghuninya ISLAM.hati bukan ISLAM, walau tuannya ISLAM. nak salahkan siapa kan?

biarkan malam ini, jadi malam bermuhasabah, sebelum balik. malam berniat meninggalkan jahiliyah dengan bersungguh-sungguh.yang mungkin mengetuk kuat semasa di sana nanti. doakan aku kuat. doakan supaya aku mampu









1 comments:

[amiza malik] said...

jumpa di kisra iA?

salam sayang dr port dickson

Post a Comment