rss
email
twitter
facebook

Monday 19 July 2010

JANGAN putus asa

BY THE NAME OF ALLAH THE ALMIGHTY AND THE MOST GRACIOUS


kelegaan semalam bukan kepalang,ditambah dengan syukur, dan rasa nak balik malaysia yang sangat2. alhamdulillah..moga kejayaan kita semua,di dalam lintasan yang betul, dalam niat yang betul, untuk dakwah kita.sambil berpeluk-pelukan dengan rakan2, mata ini tertumpu pada mereka. terasa bersalah pun ada. ada yang bersedih.ada yang termenung.hati kecil ini berkata,"masyi,sila tengok kiri kanan,atas bawah,depan belakang."

dulu mak pernah cakap." jika kita dapat result yang baik, jangan over.jangan riak. kalau orang tanya kita macamana, cakap alhamdulillah. kalau result dia tak sebaik kita, cuba comfortkan dia. kita lebih utama menjaga hati dia,lebih utama jaga maruah dia. ingat adik."

dulu ayah pernah cakap." adik jangan biar diri kita cepat berpuas hati.perjuangan kita masih panjang. doa banyak2 untuk orang lain. jangan doakan untuk diri sendiri je. doakan untuk orang lain, itu lebih besar pahalanya. pegang tangan orang yang bersedih. ate,jangan ingke (over happy) sorang2 dik!"

ALLAH juga menyuruh kita doakan untuk semua kan..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

jangan lemah ek sayang. jangan putus asa. ada rezekimu dihadapan.
kita kan seperti berada di padang pasir. tandus. kering. sang matahari yang seperti sengaja menunjukkan kuatnya.hanya pada DIA kita bertawakal.mengharapkan bantuan dan nikmat.
kita kan sama2 mengharung debu2. mengharung bahangnya cahaya. bersama2 pegang tangan. bersama2 kita dahaga. sekarang, engkau berhadapan dengan si ular. yang engkau perlu untuk membunuhnya.yang perlu engkau melawannya, agar engkau dapat hidup. itu ujian engkau kan.
aku pula sampai ke tasik.jernih airnya. aku perlu tahan diri aku.agar aku gunakan air itu sebaiknya.agar aku tidak terlalu gembira sehingga terjun ke dalamnya lalu lemas ditelan air itu.itu juga ujian aku.

kita ada ujian kita. engkau dengan ular yang patut kau bunuh. aku dengan air yang boleh melemaskan aku jika nafsu menumpaskan aku.
cuma kita berbeza ujiannya. tapi kita kan ada penyokong. aku dan engkau kan tahu kita ada siapa. YANG MAHA KUASA ITU. YANG MAHA KUAT. YANG MAHA PENYAYANG itu sedang melihat kita. sedang mendengar kita.

aku tak mahu kau putus asa. kita perlu harung padang pasir ini bersama. jika engkau jalan dulu tanpa aku, jika engkau tidak mempedulikan aku, siapa yang boleh memegang tangan aku, siapa yang boleh memegang tangan engkau pula?

jangan rasa putus asa. yang penting, keseronokan dan usaha kita untuk berjaya. sebanyak mana ujian yang dapat kita tempuh bersama. kita seronok mengulangkaji bersama dahulu. kita seronok bertengkar tentang anatomy dulu kan. kita seronok melukis organ2 di kertas kita dahulu. seronok bermasam muka bila engkau betul, aku salah. seronok sampai melompat2 bila kita sama2 betul.

kita faham konsep tawakal itu kan. usaha banyak2 seperti ALLAH tak dengar doa kita. kena tawakal pun macam kita tak usaha apa2. tawakal kita tak ada kena mengena dengan anggota badan kita. sedangkan dalam hati kita kuat bertawakal, hanya berserah dengan ALLAH, tanpa memikirkan usaha kita.

maka, jangan putus asa. tolong. demi dakwah kita. insyALLAH..;)



1 comments:

Anonymous said...

Ya Allah, Kak Masyi
May Allah bless u
tersentuh....

Post a Comment