rss
email
twitter
facebook

Sunday 25 July 2010

laporan cairo-doha


" This way Miss.." kata crew QATAR Airline tu. sampai saja di seat, 32E, tercengang aku. kenapa semua lelaki. terpaksalah..duduk lah aku, keras dekat situ,diantara 2 orang arab. nasib baik muda. keciklah sikit badan diorang.hoho..

baik jugak orang arab ni. menolong aku switch on screen, passkan makanan.. kurang-kurang, buat aku selesa,daripada keras 3 jam dekat situ. hehe..

tepat 9.45 malam, kapal terbang QR 515 itu, mendarat ke DOHA International Airport. Ada yang bertepuk tangan kerana smooth landing nya. aku juga lega. alhamdulillah.

"dah berapa negara kita pergi ek? " kata one-of-twelve-friends-. " bahrain, egypt, doha." kata aku. " lepas ni, kita naik emirates pulak la. boleh transit dekat Dubai. tambah lagi negara yang kita dah pegi. haha. pulak~

perlu duduk 20 jam di sini. bak kata orang kaunter itu, ' such an annoying journey!'

haha..entahlah. aku biarkan je. janji dapat balik malaysia kan. tak kisah ape dah. hanya terbayang lambaian mak ayah di KLIA saja nanti.

transit di sini, macam dekat malaysia pun ada. staff-staff pun muka macam melayu. ramai sangat orang Cina, Jepun, and Korea yang transit juga. Indon pun ada. pekerja di cafe pun pandai mengajuk. " nasi-nasi. only nasi." haha. seronok jugak.

duabelas orang, semua tidur di surau. selepas solat jamak, memang semua tidurlah. penat.
sedih juga, terpaksa tidur di surau. sebab aku tak suka tidur di surau seperti perangai orang arab yang tidur kat masjid, even di masjid badawi pun. asyik terjaga sebab sejuk je. dan tertendang kawan sebelah subuh tadi. haha~ maaf2~

selepas subuh je, laju je keluar dari kotak surau, mencari tempat strategik online. sambil melihat matahari naik. ramai juga yang mencapai kamera-kamera untuk menangkap kejadian menakjubkan itu sebaik mungkin. aku juga tenang melihat kebesaran Ilahi itu.

"masyi, jom makan! "


ok.laporan habis. ;)





0 comments:

Post a Comment