rss
email
twitter
facebook

Tuesday, 18 May 2010

mari jadi pencinta fajar

alhamdulillah. hari ini bangun awal sikit. timbul segala aura-aura baik bila bangun awal pagi. ahli bait pun sedang nyenyak tidur lagi. biarlah.tidur lambat barangkali. jam baru je pukul 3.25am.(x adala awal sgt.hoho). tp seronok kalau dapat bangun awal sebelum azan subuh di mesir ni. keluar bilik saja, terdengar orang arab bercakap-cakap kat bwh 'apartment' ni.ok.x adala takut sangat.(hehe)

aku mahu jadi pencinta fajar. yang tegar. bukan biasa-biasa. mahu jadi ketagih bangun awal pagi. mengadu pada YANG SATU. biarlah bangun awal pagi ini seperti dadah yang special,membuatkan aku mahukan setiap hari.

apabila bangun pagi, semua perkara yang berlaku pada hari tu, jadi sgt2 baik. mood baik. belajar pun steady. badan rasa segar. melukis anatomy pun semuanya menjadi. semuanya baik. semuanya cemerlang. malah, ALLAH melihat aku dengan lebih jelas lagi,tatkala orang lain masih nyenyak dibuai mimpi.

fajar punya keagungannya. ALLAH juga sudah bersumpah demi waktu ini kan.

Demi fajar. dan malam yang sepuluh. ( Al-Fajr : 1 dan 2).

Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah, 2. dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya), 3. dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi. (Al-‘Aadiyaat ayat 1-3)


kebaikan fajar pasti menggunung tinggi sehinggakan ALLAH bersumpah demi waktu ini. dan apa yang dapat dikaji oleh manusia hanyalah sebahagiannya.

kesihatan manusia menjadi semakin baik apabila bangun pagi kerana gas-gas ozone yang sangat banyak pada waktu pagi dan akan berkurang sedikit demi sedikit hingga terbit sang matahari.gas ozone juga sangat baik untuk saraf,mengaktifkan kerja tulang dan otak. tak hairanlah kita dapat lihat,orang-orang Cina berjaya, mungkin kerana taichinya, mungkin mereka mencintai fajar,lebih dari kita sendiri kan. mereka jugalah yang majoritinya menghidupkan pagi di taman dengan berjoging dan exercise mereka,sedang kita leka menarik selimut ke dada.

Rasulullah SAW bersabda,
“malaikat yang bertugas malam dan malaikat yang bertugas pagi secara bergantian kepada kalian. Mereka bertemu pada saat solat subuh dan solat asar. Malaikat yang bertugas malam naik, lalu ditanya Allah padahal Dia lebih mengetahui daripada mereka, ‘bagaimana kalian meninggalkan hamba-hambaKu?’ para malaikat yang bertugas menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka sedang mengerjakan solat dan datang lagi kepada mereka saat mereka mengerjakan solat.’”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)



malulah kita dengan ALLAH..apabila DIA mengharapkan kita mengadu kepadaNYA,menangis kerana DIA, tetapi hambanya leka melayan kerenah mata. ALLAH sentiasa ingin memberi kebaikan kepada sesiapa yang bangun pagi, tetapi kita mensia-siakan. rugi apabila ada yang mahu memberi kebaikan, kita tidak ada. rugi apabila sudah ada yang menghulurkan,kita tidak menadah tangan.

kita mahu jadi orang ISLAM yang berjaya kan.orang ISLAM yang berjaya, memulakan harinya dengan solat, mengadu pada DIA, dan bersemangat sepanjang hari. kita perlu belajar tolak selimut dunia itu dari melingkar di badan kita. kita perlu belajar menolak dunia dari hati kerana apa yang baik di hati hanyalah ALLAH, dan dunia itu hanyalah pada tangan kita,yang mampu kita takluk, dan yang mampu kita tolak.

semoga ALLAH merahmati dan menerima suara-suara hambaNYA yang merintih berdoa untuk keredhaanNYA. amin ya Rabb





buku usrah dah siap.asal nampak tremko je, ingat cairo. haih.x sabar ni(hehe)


Monday, 17 May 2010

dakwah itu perlu berterusan

tak lama dahulu, bukankah kita bersama-sama sahabat.
memegang satu tujuan.
untuk berubah kerana DIA.
tidak mahu kering, tidak mahu hilang masa dengan sia-sia.
aku harap kau tidak lupa.

dakwah yang kita dapat,menyinari hati kita bukan?
kerana itu kita tidak kisah kesana ke mari.
hanya untuk mendapat pengisian hati.
supaya kita lebih memahami, apa yang penting untuk diri.
maka, mengapa langkahmu seperti perlahan ketika musim imtihan ini?

adakah bisikan halus itu menyuruh engkau berhenti dari mencari makanan hati?
atau,itu dari hatimu sendiri?
ia tak sepatutnya berhenti
aku tak mahu engkau mendiamkan diri.kita sedang berusaha untuk berubah kan?

fatrah imtihan ini bukan imtihan duniawi semata,
malah ada ujian istimewa untuk kita,
ujian dari DIA,
samada engkau utamakan DIA atau dunia.
kita perlu kejar redha DIA.kita perlu kejar cinta DIA.
ini yang perlu kita cari bersama!





perkara ini bukan hobi.kita kan mahu jadi bidadari.nun di syurga nanti.




Sunday, 16 May 2010

selamat hari guru!

semalam hari guru..(lupa lagi)

selamat hari guru kepada ayah(guru all time)>> cikgu2 taska abim >> cikgu2 sekolah rendah agama al-furqan,kota lama kiri,KK >> sekolah rendah agama ulum syariah wal quraniah,KK >> sek. rendah agama al-hidayah,IPOH >> sek.men. agama al-hidayah,IPOH >> sek.men.keb. bukit merchu >> MSU,shah alam >> uni.of tanta,EGYPT.

serius,ramainye cikgu saya..(haha)
tak masuk lagi cikgu2 yang berusaha membina akhlak dan peribadi saya.
sister2..brother2..kawan sebaya dan tak sebaya..
ramainya..

ramai sgt cikgu kita.bertambah setiap tahun.
kita sahaja yang ingat atau tak ingat diorang kan.

sampai skrg saya ingt cikgu dekat skolah kebangsaan dulu.cikgu math. nama dia cikgu hasnah. dia yang stimulate saya untuk belajar,bukan dalam math je,tp semua. walaupun tgh sarat pregnant pun, dia daki jugak tangga, mengajar kelas ktorg.5 agama.

yang stimulate saya untuk lebih minat science? cikgu2 dekat kelas tuisyen indera saya. cikgu india..sampai sekarang saya x tahu nama mereka( teruknya) , tapi sampai sekarang saya ingat diorang ajar saya bio, chemistry,physics..saya selalu gak dtg lewat kat tuisyen, tp cikgu pulak yang backup saya. entah.pelik jugak.haha. tp sampai sekarang saya ingt,dan saya berdoa,moga diorang dpt hidayah dari ALLAH,supaya memeluk ISLAM.saya mahu guru ISLAM seperti mereka.

saya ada cikgu 2 hari jugak. cikgu sebaya saya. kamarularifin and afzal dari MCKK..ajar saya physics and addmath.terima kasih sensei! x lupa jugak 2 orang lagi.syafiq n ..... (lupa) T.T . ajar saya bio and chemistry. seronok dgn korg

byk sgt kisah2 dengan cikgu ni. ada yang baik dan buruk. tapi,merekalah guru kita. yang mengajar kita baik buruk kan..
jangan lupa,Rasullullah s.a.w juga guru kita.guru terbaik agama ISLAM kita.. terima kasih kekasih ALLAH.. aku sedang berusaha mengikut sunnah terbesarmu.. amin ya rabb




TERIMA KASIH CIKGU!!




sebiru langit pagi

pagi jalan-jalan ke istad dengan kawan-kawan.. picnic.
menyedut angin pagi ke hidung yang asyik didiami habuk-habuk mesir ni..
bersama dengan si kecil..kehadiran dia mampu menggembirakan 12 orang yang ada. ;)



ini dia anak kak sa. mujahidah,insyALLAH..



berat dia=berat saya. (haha)


payung terbesar mesir..guna tikar..demi si kecil ni,kami tebalkan muka jugak.hehe



pokok ada ada dekat depan apartment.cantik.setiap kali lalu, mesti tak lepas pandang. ;)



itu je yang dapat diisi untuk entry ni..seronok ada picnic pg2. nanti buat lg ok. heee



Wednesday, 12 May 2010

kawan, jangan marah

alhamdulillah segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam..
minda saya seronok bila mendengar exam akan ditangguhkan.seronok sebab ada banyak masa.seronok sebab boleh lebih relaks..boleh buat banyak 'benda'.hoho
tapi, mana boleh sia-siakan nikmat masa lapang ni kan..so, saya bukak lah video-video yang baik untuk saya dan semua..best..Nouman Ali Khan.Quran Weekly..10 minit sahaja dah cukup banyak disisipkan nasihat.tapi, nak buffer dia..sehari..=.="(internet mmg prob)

apa yang Nouman ckp? beliau sharing tentang marah..macam seronok..so,click!
wahhhh..best2!
apa yang beliau sharing?

surah asy-Syura:36-37

" apa yang diberikan kepada kamu,maka ia adalah kesenangan hidup di dunia sahaja,tetapi apa yang ada di sisi ALLAH adalah LEBIH BAIK,KEKAL bagi orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya."


apa yang ALLAH beri pada kita sekarang ni,macam rumah,wajah yang cute,kereta, tajaan, syarikat,pakaian, semua itu adalah kesenangan hidup di dunia sahaja..tak boleh bawa ke akhirat. yang ALLAH beri pada kita, hanyalah satu keperluan, bukan kepentingan bagi kita..betul, kita perlukan rumah, perlukan pakaian.tapi ianya tak membawa kepentingan kepada kita nanti,nun di akhirat nanti.

tapi, apa yang ALLAH beri, bukan sahaja lebih baik, malah lebih kekal. subhanALLAH..sudahlah baik, kekal pulak..jika kamu ada rumah di dunia, DIA beri rumah yang lebih baik lagi, lebih kekal lagi time akhirat nanti. lebih kekal..semua yang ada di dunia ini, ALLAH akan tambah lagi dengan perkara yang lebih baik lagi.

jadi, kenapa nak marah pada benda yang tak kekal, yang tak bawa kepentingan pun pada kita? marah awak boleh dilenyapkan dengan mudah jika meletakkan dunia ini famatak.perlu, tapi tidak penting pun. kita kejar benda yang lebih baik dan kekal kan? x perlu nak marah-marah..sabar.. :) ALLAH pujuk kita kan dalam ayat ni. x payah marah.AKU ada yang lebih baik untuk kamu..bersabarlah sedikit..sweetnya ALLAH..

tapi,ALLAH janji jika kita beriman dan berserah bulat-bulat kepada DIA.
berserah bulat-bulat, maksudnya jika diduga, awak berserah.jika ada ujian, awak redha,dan berserah.bukan setelah lama, baru berserah..ini berserah tahap tinggi punya. maka, ALLAH sudah confirmkan hadiah DIA kepada golongan ini..awak nak syurga? syurga tu mahal.bukan calang-calang orang yang dapat hidup disana.bukan calang-calang.golongan hebat sahaja yang boleh. itulah yang kita kena kejar kan..?

"dan lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan keji dan apabila mereka marah.mereka segera memaafkan."


ALLAH tambah lagi.DIA akan bagi lebih lagi kepada yang menjauhi dari melakukan dosa-dosa yang besar dan keji.dan apabila mereka marah,segera memaafkan!
eh, susah ni. dahla orang tu buat macam-macam kat aku, nak maafkan pulak!
itulah antara ciri-ciri orang yang bertaqwa. memaafkan saudaranya time orang buat salah dekat kita.time tu jugak. bukan dah habis marah, dah calm, awak maafkan..immediately.

sounds hard kan? jangan risau..kita semua mampu untuk berubah.kita semua mampu untuk jadi lebih baik.semuanya bermula jika awak mahu.

bagaimana? semuanya perlu bermula dari akarnya.pokok itu kuat kerana akarnya yang kuat.kita bina dari bawah..segala bergantung kepada iman yang hidup di dalam hati. pembersihan hati di mana setiap langkah untuk melakukan sesuatu perkara, betulkan niat di hati.lakukan hanya kerana DIA. sandarkan pada yang Maha Abadi itu. malah, yakin dengan segala janji-janjiNYA. percaya kepada kesempurnaan janjiNYA..semuanya dari hati.
sudah tentu tidak boleh berubah dalam sehari bukan? berusahalah..

kita sedang mengejar sesuatu yang tiada mata pernah melihat, tiada hidung pernah mencium dan tiada telinga pernah mendengar.
sesuatu yang abadi. jangan marah pada hal dunia yang tidak dapat kita capai.
kita sedang mengejar syurga!
tempat paling harmoni,tiada keluh kesah di dalamnya.
malah, pertemuan dengan ALLAH,Maha Agung dan Maha Penyayang.
tegarkah kita mengejar?
sama-sama kita satukan tangan,
saya bantu awak, awak bantu saya,
moga kita reunion di syurga sambil berkata "kita berjaya" di hadapan DIA!
mendengar ucapan "selamat" dari Pencipta.

friends



p.e.a.c.e=ISLAM!