rss
email
twitter
facebook

Tuesday 18 May 2010

mari jadi pencinta fajar

alhamdulillah. hari ini bangun awal sikit. timbul segala aura-aura baik bila bangun awal pagi. ahli bait pun sedang nyenyak tidur lagi. biarlah.tidur lambat barangkali. jam baru je pukul 3.25am.(x adala awal sgt.hoho). tp seronok kalau dapat bangun awal sebelum azan subuh di mesir ni. keluar bilik saja, terdengar orang arab bercakap-cakap kat bwh 'apartment' ni.ok.x adala takut sangat.(hehe)

aku mahu jadi pencinta fajar. yang tegar. bukan biasa-biasa. mahu jadi ketagih bangun awal pagi. mengadu pada YANG SATU. biarlah bangun awal pagi ini seperti dadah yang special,membuatkan aku mahukan setiap hari.

apabila bangun pagi, semua perkara yang berlaku pada hari tu, jadi sgt2 baik. mood baik. belajar pun steady. badan rasa segar. melukis anatomy pun semuanya menjadi. semuanya baik. semuanya cemerlang. malah, ALLAH melihat aku dengan lebih jelas lagi,tatkala orang lain masih nyenyak dibuai mimpi.

fajar punya keagungannya. ALLAH juga sudah bersumpah demi waktu ini kan.

Demi fajar. dan malam yang sepuluh. ( Al-Fajr : 1 dan 2).

Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah, 2. dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya), 3. dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi. (Al-‘Aadiyaat ayat 1-3)


kebaikan fajar pasti menggunung tinggi sehinggakan ALLAH bersumpah demi waktu ini. dan apa yang dapat dikaji oleh manusia hanyalah sebahagiannya.

kesihatan manusia menjadi semakin baik apabila bangun pagi kerana gas-gas ozone yang sangat banyak pada waktu pagi dan akan berkurang sedikit demi sedikit hingga terbit sang matahari.gas ozone juga sangat baik untuk saraf,mengaktifkan kerja tulang dan otak. tak hairanlah kita dapat lihat,orang-orang Cina berjaya, mungkin kerana taichinya, mungkin mereka mencintai fajar,lebih dari kita sendiri kan. mereka jugalah yang majoritinya menghidupkan pagi di taman dengan berjoging dan exercise mereka,sedang kita leka menarik selimut ke dada.

Rasulullah SAW bersabda,
“malaikat yang bertugas malam dan malaikat yang bertugas pagi secara bergantian kepada kalian. Mereka bertemu pada saat solat subuh dan solat asar. Malaikat yang bertugas malam naik, lalu ditanya Allah padahal Dia lebih mengetahui daripada mereka, ‘bagaimana kalian meninggalkan hamba-hambaKu?’ para malaikat yang bertugas menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka sedang mengerjakan solat dan datang lagi kepada mereka saat mereka mengerjakan solat.’”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)



malulah kita dengan ALLAH..apabila DIA mengharapkan kita mengadu kepadaNYA,menangis kerana DIA, tetapi hambanya leka melayan kerenah mata. ALLAH sentiasa ingin memberi kebaikan kepada sesiapa yang bangun pagi, tetapi kita mensia-siakan. rugi apabila ada yang mahu memberi kebaikan, kita tidak ada. rugi apabila sudah ada yang menghulurkan,kita tidak menadah tangan.

kita mahu jadi orang ISLAM yang berjaya kan.orang ISLAM yang berjaya, memulakan harinya dengan solat, mengadu pada DIA, dan bersemangat sepanjang hari. kita perlu belajar tolak selimut dunia itu dari melingkar di badan kita. kita perlu belajar menolak dunia dari hati kerana apa yang baik di hati hanyalah ALLAH, dan dunia itu hanyalah pada tangan kita,yang mampu kita takluk, dan yang mampu kita tolak.

semoga ALLAH merahmati dan menerima suara-suara hambaNYA yang merintih berdoa untuk keredhaanNYA. amin ya Rabb





buku usrah dah siap.asal nampak tremko je, ingat cairo. haih.x sabar ni(hehe)


0 comments:

Post a Comment