rss
email
twitter
facebook

Wednesday 12 May 2010

kawan, jangan marah

alhamdulillah segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam..
minda saya seronok bila mendengar exam akan ditangguhkan.seronok sebab ada banyak masa.seronok sebab boleh lebih relaks..boleh buat banyak 'benda'.hoho
tapi, mana boleh sia-siakan nikmat masa lapang ni kan..so, saya bukak lah video-video yang baik untuk saya dan semua..best..Nouman Ali Khan.Quran Weekly..10 minit sahaja dah cukup banyak disisipkan nasihat.tapi, nak buffer dia..sehari..=.="(internet mmg prob)

apa yang Nouman ckp? beliau sharing tentang marah..macam seronok..so,click!
wahhhh..best2!
apa yang beliau sharing?

surah asy-Syura:36-37

" apa yang diberikan kepada kamu,maka ia adalah kesenangan hidup di dunia sahaja,tetapi apa yang ada di sisi ALLAH adalah LEBIH BAIK,KEKAL bagi orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya."


apa yang ALLAH beri pada kita sekarang ni,macam rumah,wajah yang cute,kereta, tajaan, syarikat,pakaian, semua itu adalah kesenangan hidup di dunia sahaja..tak boleh bawa ke akhirat. yang ALLAH beri pada kita, hanyalah satu keperluan, bukan kepentingan bagi kita..betul, kita perlukan rumah, perlukan pakaian.tapi ianya tak membawa kepentingan kepada kita nanti,nun di akhirat nanti.

tapi, apa yang ALLAH beri, bukan sahaja lebih baik, malah lebih kekal. subhanALLAH..sudahlah baik, kekal pulak..jika kamu ada rumah di dunia, DIA beri rumah yang lebih baik lagi, lebih kekal lagi time akhirat nanti. lebih kekal..semua yang ada di dunia ini, ALLAH akan tambah lagi dengan perkara yang lebih baik lagi.

jadi, kenapa nak marah pada benda yang tak kekal, yang tak bawa kepentingan pun pada kita? marah awak boleh dilenyapkan dengan mudah jika meletakkan dunia ini famatak.perlu, tapi tidak penting pun. kita kejar benda yang lebih baik dan kekal kan? x perlu nak marah-marah..sabar.. :) ALLAH pujuk kita kan dalam ayat ni. x payah marah.AKU ada yang lebih baik untuk kamu..bersabarlah sedikit..sweetnya ALLAH..

tapi,ALLAH janji jika kita beriman dan berserah bulat-bulat kepada DIA.
berserah bulat-bulat, maksudnya jika diduga, awak berserah.jika ada ujian, awak redha,dan berserah.bukan setelah lama, baru berserah..ini berserah tahap tinggi punya. maka, ALLAH sudah confirmkan hadiah DIA kepada golongan ini..awak nak syurga? syurga tu mahal.bukan calang-calang orang yang dapat hidup disana.bukan calang-calang.golongan hebat sahaja yang boleh. itulah yang kita kena kejar kan..?

"dan lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan keji dan apabila mereka marah.mereka segera memaafkan."


ALLAH tambah lagi.DIA akan bagi lebih lagi kepada yang menjauhi dari melakukan dosa-dosa yang besar dan keji.dan apabila mereka marah,segera memaafkan!
eh, susah ni. dahla orang tu buat macam-macam kat aku, nak maafkan pulak!
itulah antara ciri-ciri orang yang bertaqwa. memaafkan saudaranya time orang buat salah dekat kita.time tu jugak. bukan dah habis marah, dah calm, awak maafkan..immediately.

sounds hard kan? jangan risau..kita semua mampu untuk berubah.kita semua mampu untuk jadi lebih baik.semuanya bermula jika awak mahu.

bagaimana? semuanya perlu bermula dari akarnya.pokok itu kuat kerana akarnya yang kuat.kita bina dari bawah..segala bergantung kepada iman yang hidup di dalam hati. pembersihan hati di mana setiap langkah untuk melakukan sesuatu perkara, betulkan niat di hati.lakukan hanya kerana DIA. sandarkan pada yang Maha Abadi itu. malah, yakin dengan segala janji-janjiNYA. percaya kepada kesempurnaan janjiNYA..semuanya dari hati.
sudah tentu tidak boleh berubah dalam sehari bukan? berusahalah..

kita sedang mengejar sesuatu yang tiada mata pernah melihat, tiada hidung pernah mencium dan tiada telinga pernah mendengar.
sesuatu yang abadi. jangan marah pada hal dunia yang tidak dapat kita capai.
kita sedang mengejar syurga!
tempat paling harmoni,tiada keluh kesah di dalamnya.
malah, pertemuan dengan ALLAH,Maha Agung dan Maha Penyayang.
tegarkah kita mengejar?
sama-sama kita satukan tangan,
saya bantu awak, awak bantu saya,
moga kita reunion di syurga sambil berkata "kita berjaya" di hadapan DIA!
mendengar ucapan "selamat" dari Pencipta.

friends



p.e.a.c.e=ISLAM!

1 comments:

Unknown said...

nice..
syukran..

Post a Comment