rss
email
twitter
facebook

Monday 17 May 2010

dakwah itu perlu berterusan

tak lama dahulu, bukankah kita bersama-sama sahabat.
memegang satu tujuan.
untuk berubah kerana DIA.
tidak mahu kering, tidak mahu hilang masa dengan sia-sia.
aku harap kau tidak lupa.

dakwah yang kita dapat,menyinari hati kita bukan?
kerana itu kita tidak kisah kesana ke mari.
hanya untuk mendapat pengisian hati.
supaya kita lebih memahami, apa yang penting untuk diri.
maka, mengapa langkahmu seperti perlahan ketika musim imtihan ini?

adakah bisikan halus itu menyuruh engkau berhenti dari mencari makanan hati?
atau,itu dari hatimu sendiri?
ia tak sepatutnya berhenti
aku tak mahu engkau mendiamkan diri.kita sedang berusaha untuk berubah kan?

fatrah imtihan ini bukan imtihan duniawi semata,
malah ada ujian istimewa untuk kita,
ujian dari DIA,
samada engkau utamakan DIA atau dunia.
kita perlu kejar redha DIA.kita perlu kejar cinta DIA.
ini yang perlu kita cari bersama!





perkara ini bukan hobi.kita kan mahu jadi bidadari.nun di syurga nanti.




0 comments:

Post a Comment