rss
email
twitter
facebook

Sunday, 30 May 2010

anfaal 1.2

semalam. hari ini. saya gumbira...
sudah dapat rumah. rumah baru. sangat cantik + besar..
bila masuk je rumah baru ni semalam, terus terbayang anfaal..hehe
anfaalian..ini rumah anfaal versi 1.2 tau.. serius..lebih kurg je mcm anfaal..

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah
ALLAH makbulkan doa. penat mencari hampir seminggu berkeliaran menekan loceng2 rumah orang arab, dimarah, dibuat derk dengan org2 arab, akhirnya dapat jugak..
bantuan ALLAH yang tak disangka-sangka..
rupanya DIA suruh bersabar sedikit..AKU nak beri yang lebih baik dari yang dulu..
alhamdulillah..SYUKUR..

kakak2 tersayang, usrah2mate tersayang, sila datang rumah saya bila kita dah sampai mesir nanti ye. rindu dekat semua. sangat2 rindu..

** bila tgk baba(tuan rumah) semalam, dah merancang nak buat kek untuk baba.. baba pertama saya.(rumh sekarang tak ada baba.hoho). baba saya nampak pembersih, baik.hehe..

apa-apa2 pun, sgt semangat bila dapat rumah.study pun jadi laju.
nanti saya tunjukkan rumah baru saya ye.
oh, lepas hbs exam nnt akn diupload.;)




Wednesday, 26 May 2010

bila nafsu jadi tuan

In The Name of ALLAH, The Most Gracious, The Most Merciful

kejadian di mesir, dengan perangai orang-orang arab yang semakin mengganas sekarang memang mencabar kesabaran warga-warga medic. mahu tidak mahu, pelbagai tips mungkin boleh dikongsi bersama

1. sebelum keluar rumah, bacalah ayat-ayat pendinding.ayat 3 qul, ayat kursi dan surah yasin, ayat yg ke 9

dan kami jadikan di hadapan mereka sekatan dan di belakang mereka juga sekat dan kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat


2. keluar lebih dari 3 orang. 3 orang lebih selamat kot.lebih ramai lebih bagus. walau pergi ke kedai yang disangka selamat.ingat, banyak sahaja kes berlaku di depan rumah sahaja


3. pakailah pakaian yang longgar dan tidak singkat
ada sahaja yang kena kacau ni orang yang bertudung labuh, tapi janganlah mencari pasal dengan keluar memakai baju yang ketat kan.. jangan cuba untuk stimulate orang arab di musim panas ni ok.

4. bawa sembur cili, gunting, HANDPHONE BERKAMERA.
sangat penting untuk menangkap gambar si penjenayah ini, supaya dapat dijadikan bukti kan. kalau keluar beramai2, sama-sama pakat, sorang bwk gunting, sorang bawak spray cili. bila macam nak kena je, bawak keluar cepat2.(mcm james bond pulak, tp untuk keselamatan kan)


5. bila sudah terkena dengan pak arab, JERIT KUAT2! sekuat yang boleh.biar pak arab terkejut, hatta korang yang kena raba pun terkejut dengan jeritan korg yang kuat tu. hoho.. HARAMUALAIK!!!

6. sila save semua nombor2 presiden persatuan, vice president, ustaz-ustaz ke..jika sudah jadi, terus call ok.


moga-moga kita ambil iktibar dengan apa yang berlaku hari ini. jangan disesali perkara yang sudah terjadi, tapi bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku. sediakan payung sebelum hujan ok. moga-moga tips ini bermanfaat untuk semua.
.




Tuesday, 25 May 2010

tolong jangan bunuh diri

semakin ramai yang tidak sayangkan nyawa.merasakan nyawa begitu murah dan tidak berguna. saya baru sahaja melihat rating bunuh diri di malaysia yang rata-ratanya adalah dari kalangan remaja dan warga pertengahan 40-an.alasannya kerana si kekasih hati, tekanan hidup, hilang kasih sayang dan bermacam-macam alasan si mati yang dapat manusia yang masih hidup simpulkan.

bagi remaja, yang seawal umur 14 tahun, sudah ringan melakukan perkara sumbang
, melahirkan anak-anak luar nikah.merasakan diri tidak mahu menjaga si kecil, lalu dibunuh.dilemaskan.dicampak ke longkang, malah diberi anjing makan! mana perikemanusiaan manusia? di mana hilangnya? membunuh si kecil.walaupun bukan membunuh diri sendiri, tetapi bukankah itu darah daging sendiri?

tiada manusia di zaman fitnah ini yang tidak menerima tekanan hidup, hatta presiden negara juga boleh membunuh diri kerana tekanan kewangan. lebih banyak kes-kes bunuh diri di Amerika Syarikat dan Korea,dikalangan pekerja-pekerja dan juga pelajar kolej.lihatlah ke
san jika agama tiada dalam diri.nauzubillah..


ALLAH t
idak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dengan kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa atas kejahatan yang dikerjakannya. (Al-Baqarah: 286)


saya sangat-sangat terkesan apabila doktor di universiti pernah memberitahu, seseorang itu tidak mampu untuk membunuh dirinya. bagaimana? cuba tutup hidung anda, atau cuba tutup muka anda kuat-kuat dengan bantal. do it by yourself! awak tak akan berjaya untuk bunuh diri sendiri, kerana badan akan melakukan refleks, hidung yang ditutup itu akan dilepaskan, nafas akan tercungap-cungap, meminta oksigen dari udar
a untuk ke otak yang cuba dibunuh oleh diri sendiri. diri awak tak akan berjaya untuk membunuh diri! kecuali apabila akal menyuruh memotong radial artery di pergelangan tangan anda, kaki yang disuruh untuk melompat dari bangunan, dan melemaskan diri di sungai-sungai. kerana akal yang mahu membunuh diri. kerana sayang kepada diri yang sudah tiada.

bangunlah wahai umat. mengapa bersikap sebegini? sedar atau tidak, ramai lagi pejuang yang hidup satu masa dengan kita, berjuang demi agama hingga me
ngorbankan nyawa sedangkan ada di antara kita membunuh diri kerana si kumbang!


i choose to be killed by apatche(helicopter) rather than cardiac arrest! -Dr Abdul Aziz al-Rantissi


ya.alhamdulillah.ALLAH makbulkan hajatnya.beliau meninggal dengan ditembak oleh Apatche milik Israel pada 17 april 2004,untuk pertahankan agama dan Palestin. sedangkan pada waktu itu, negara kita malaysia sedang sibuk menguruskan anak-anak luar nikah yang dibuang, remaja-remaja yang sibuk berpeleseran di disko bersama dadah di tangan!

jangan gelengkan kepala sahaja apabila dibicara tentang pembunuhan.kita sendiri juga mungkin sedang membunuh diri sendiri.menzalimi diri sendiri dengan
merokok, addicted to drugs, melepak, tidak mahu belajar sedangkan exam sudah sangat dekat.

sudah terlalu banyak nikmat yang diberi oleh ALLAH. sedarkan semua kembali.emak, ayah, abg, kakak, mak long, atuk, nenek, kawan-kawan, semua. jangan jadi lebihan dunia.kita disini punya misi yang lebih besar. yakinlah dengan janji ALLAH, ke kanan syurga terbuka, ke kiri neraka sedang menyala.jom berlumba melakukan perkara baik.setiap ibadah yang kita lakukan, pasti ada balasan dan kebaikannya kan.
hadiah DIA infinity..tak ada penghujung. ALLAH suruh kita buat baik..pahala pun sangat-sangat banyak. kalaulah kita nampak pahala yang dijanjikan, pasti kita akan lakukan walau dalam keadaan merangkak! tak mampu untuk dihitung.tak mampu untuk ditulis rahmatnya. tersangat-sangatlah banyak..

we should always grateful for the blessing of ALLAH which HE would not only sustain the blessing, but HE promises HE will increase them!

bagi yang bercadang mahu membunuh diri,tolong jangan cuba bunuh diri.tolong jangan! ummat ini sangat memerlukan anda!

berdoalah..berdoa agar ALLAH memelihara diri kita.

ya ALLAH,aku berlindung pada-MU dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-MU dari sikap pengecut dan bakhil.aku juga berlindung pada-MU dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (al-Mathurat)




Monday, 24 May 2010

khalifah pertama

khalifah pertama..Saidina Abu Bakar as-Siddiq
perkataan mu hanyalah benar,
perjuanganmu benar.menentang golongan kufur
menguatkan kembali ummah selepas Kekasih ALLAH itu tiada.
sayangmu pada Baginda s.a.w hanya engkau yang tahu.
cemburu aku apabila Kekasih ALLAH itu lena di ribaanmu.

khalifah.aku senabi denganmu.
jika engkau ada pada masa ini,pasti meruntun jiwamu
pasti marah dirimu
pasti habis diperangi israel itu.
kami dibelenggu jahiliyah wahai Abu Bakar!
kami kekurangan pejuang, kami diterajang!

aku rindukan engkau ya Amirul Mukminin.
rindukan Kekasih ALLAH itu juga.
rindu untuk berada pada zamanmu.
walau tidak pernah berada di sana, cukuplah dengan mendengarnya
agungnya ISLAM.Ampuhnya ISLAM.

benarlah sabda Nabi..bilangan akhir zaman seperti buih di lautan
ramai.tetapi lemah.sekali dilambung ombak, hilang!
malu aku denganmu.malu aku dengan ALLAH
ramai yang Islam.tetapi bukan islam
hanya pada nama.bukan pada perbuatan

aku tahu rahsia kepimpinanmu
engkau yakin dengan AL-QURAN.sunnah Nabi menjadi ikutan
bagaimana harus aku mengadu? rindunya aku padamu
aku tahu.hanya orang islam yang dapat menaikkan Islam kembali.
doakan kami disini wahai khalifah.
doakan kami..T.T







Saturday, 22 May 2010

gelap ke cerah

berdiri sahaja aku di depan itu.
bersediakah untuk ditarbiah?
rupanya DIA arahkan aku untuk lebih bersedia
hati yang ditarbiyah,perlu warm up dulu
letakkan dia dengan ujian, biar dia belajar lagi
terkedu aku dengan tarbiah dari DIA

dulu,aku bangga dengan rumah aku
rumah aku maju.orangnya moden-moden,
keluarga.sahabat.guru.semuanya di situ.
bila aku tahu kebenaran
rumah aku dihuni parasit jahiliyah.
melekat di dinding.merata di lantai
takut aku untuk balik ke rumah.
tapi itu rumah aku.yang buruk itu rumah aku
yang perlu kikis jahiliyah itu aku

rindu aku dengan keagungan Rasulullah.
akhlaknya.al-aminnya.sayangkan ummatnya
mahu juga aku menjadi Saidina Abu Bakar r.a
menutup lubang ular dengan rasa sayang pada nabinya
cemburu aku Kekasih ALLAH itu di riba Saidina
air panas mata tidak berhenti mengalir kerana cemburu
rasa rindu.
sungguh.aku rindu.

diri aku sangat perlu tarbiyah
mereka beri tarbiyah itu
penuh sudah hati aku dengan tarbiah.
amal aku jelas niatnya bila tarbiah itu terang
aku perlu cat segala amal ini dengan warna hati
jadi sebahagian dari hati aku.
biar hati aku besar.biar akal aku besar.langkah aku juga besar

cantik hati itu.
sempurna ciptaanNYA.
tapi, titik hitam itu masih ada.
si hitam,jadilah putih dengan tarbiyah dari Tuhanmu

terkedu aku dengan tarbiyah DIA
terkedu aku bila disentuh sebegini rupa
terkedu aku dengan cinta Abu Bakar pada Nabi
terkedu aku bila banyaknya pengorbanan yang perlu ditaruh
terkedu aku bila ramai yang memimpin tangan
jangan kau lemah. DIA ada.tentera-tenteranya ada.
inilah masa berhijrah.sampai bila masih mahu menunggu?
TWIST lah engkau.biar arah terus berubah.
dari jahiliyah ke makruf
dari neraka ke jannah!




doakan aku istiqamah.