rss
email
twitter
facebook

Wednesday 26 May 2010

bila nafsu jadi tuan

In The Name of ALLAH, The Most Gracious, The Most Merciful

kejadian di mesir, dengan perangai orang-orang arab yang semakin mengganas sekarang memang mencabar kesabaran warga-warga medic. mahu tidak mahu, pelbagai tips mungkin boleh dikongsi bersama

1. sebelum keluar rumah, bacalah ayat-ayat pendinding.ayat 3 qul, ayat kursi dan surah yasin, ayat yg ke 9

dan kami jadikan di hadapan mereka sekatan dan di belakang mereka juga sekat dan kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat


2. keluar lebih dari 3 orang. 3 orang lebih selamat kot.lebih ramai lebih bagus. walau pergi ke kedai yang disangka selamat.ingat, banyak sahaja kes berlaku di depan rumah sahaja


3. pakailah pakaian yang longgar dan tidak singkat
ada sahaja yang kena kacau ni orang yang bertudung labuh, tapi janganlah mencari pasal dengan keluar memakai baju yang ketat kan.. jangan cuba untuk stimulate orang arab di musim panas ni ok.

4. bawa sembur cili, gunting, HANDPHONE BERKAMERA.
sangat penting untuk menangkap gambar si penjenayah ini, supaya dapat dijadikan bukti kan. kalau keluar beramai2, sama-sama pakat, sorang bwk gunting, sorang bawak spray cili. bila macam nak kena je, bawak keluar cepat2.(mcm james bond pulak, tp untuk keselamatan kan)


5. bila sudah terkena dengan pak arab, JERIT KUAT2! sekuat yang boleh.biar pak arab terkejut, hatta korang yang kena raba pun terkejut dengan jeritan korg yang kuat tu. hoho.. HARAMUALAIK!!!

6. sila save semua nombor2 presiden persatuan, vice president, ustaz-ustaz ke..jika sudah jadi, terus call ok.


moga-moga kita ambil iktibar dengan apa yang berlaku hari ini. jangan disesali perkara yang sudah terjadi, tapi bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku. sediakan payung sebelum hujan ok. moga-moga tips ini bermanfaat untuk semua.
.




2 comments:

syafiqaffandi said...

krgkn klua mlm..,

kalo mmg perlu keluar pun

gnekn khidmat mushrif..,

masyitah.halilah.blogspot said...

yup..
note taken~~ thanx

Post a Comment