bagi remaja, yang seawal umur 14 tahun, sudah ringan melakukan perkara sumbang, melahirkan anak-anak luar nikah.merasakan diri tidak mahu menjaga si kecil, lalu dibunuh.dilemaskan.dicampak ke longkang, malah diberi anjing makan! mana perikemanusiaan manusia? di mana hilangnya? membunuh si kecil.walaupun bukan membunuh diri sendiri, tetapi bukankah itu darah daging sendiri?
tiada manusia di zaman fitnah ini yang tidak menerima tekanan hidup, hatta presiden negara juga boleh membunuh diri kerana tekanan kewangan. lebih banyak kes-kes bunuh diri di Amerika Syarikat dan Korea,dikalangan pekerja-pekerja dan juga pelajar kolej.lihatlah kesan jika agama tiada dalam diri.nauzubillah..
ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dengan kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa atas kejahatan yang dikerjakannya. (Al-Baqarah: 286)
saya sangat-sangat terkesan apabila doktor di universiti pernah memberitahu, seseorang itu tidak mampu untuk membunuh dirinya. bagaimana? cuba tutup hidung anda, atau cuba tutup muka anda kuat-kuat dengan bantal. do it by yourself! awak tak akan berjaya untuk bunuh diri sendiri, kerana badan akan melakukan refleks, hidung yang ditutup itu akan dilepaskan, nafas akan tercungap-cungap, meminta oksigen dari udara untuk ke otak yang cuba dibunuh oleh diri sendiri. diri awak tak akan berjaya untuk membunuh diri! kecuali apabila akal menyuruh memotong radial artery di pergelangan tangan anda, kaki yang disuruh untuk melompat dari bangunan, dan melemaskan diri di sungai-sungai. kerana akal yang mahu membunuh diri. kerana sayang kepada diri yang sudah tiada.
bangunlah wahai umat. mengapa bersikap sebegini? sedar atau tidak, ramai lagi pejuang yang hidup satu masa dengan kita, berjuang demi agama hingga mengorbankan nyawa sedangkan ada di antara kita membunuh diri kerana si kumbang!
i choose to be killed by apatche(helicopter) rather than cardiac arrest! -Dr Abdul Aziz al-Rantissi
ya.alhamdulillah.ALLAH makbulkan hajatnya.beliau meninggal dengan ditembak oleh Apatche milik Israel pada 17 april 2004,untuk pertahankan agama dan Palestin. sedangkan pada waktu itu, negara kita malaysia sedang sibuk menguruskan anak-anak luar nikah yang dibuang, remaja-remaja yang sibuk berpeleseran di disko bersama dadah di tangan!
jangan gelengkan kepala sahaja apabila dibicara tentang pembunuhan.kita sendiri juga mungkin sedang membunuh diri sendiri.menzalimi diri sendiri dengan merokok, addicted to drugs, melepak, tidak mahu belajar sedangkan exam sudah sangat dekat.
sudah terlalu banyak nikmat yang diberi oleh ALLAH. sedarkan semua kembali.emak, ayah, abg, kakak, mak long, atuk, nenek, kawan-kawan, semua. jangan jadi lebihan dunia.kita disini punya misi yang lebih besar. yakinlah dengan janji ALLAH, ke kanan syurga terbuka, ke kiri neraka sedang menyala.jom berlumba melakukan perkara baik.setiap ibadah yang kita lakukan, pasti ada balasan dan kebaikannya kan.hadiah DIA infinity..tak ada penghujung. ALLAH suruh kita buat baik..pahala pun sangat-sangat banyak. kalaulah kita nampak pahala yang dijanjikan, pasti kita akan lakukan walau dalam keadaan merangkak! tak mampu untuk dihitung.tak mampu untuk ditulis rahmatnya. tersangat-sangatlah banyak..
we should always grateful for the blessing of ALLAH which HE would not only sustain the blessing, but HE promises HE will increase them!
bagi yang bercadang mahu membunuh diri,tolong jangan cuba bunuh diri.tolong jangan! ummat ini sangat memerlukan anda!
berdoalah..berdoa agar ALLAH memelihara diri kita.
ya ALLAH,aku berlindung pada-MU dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-MU dari sikap pengecut dan bakhil.aku juga berlindung pada-MU dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (al-Mathurat)
berdoalah..berdoa agar ALLAH memelihara diri kita.
ya ALLAH,aku berlindung pada-MU dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-MU dari sikap pengecut dan bakhil.aku juga berlindung pada-MU dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (al-Mathurat)
0 comments:
Post a Comment