rss
email
twitter
facebook

Saturday 22 May 2010

gelap ke cerah

berdiri sahaja aku di depan itu.
bersediakah untuk ditarbiah?
rupanya DIA arahkan aku untuk lebih bersedia
hati yang ditarbiyah,perlu warm up dulu
letakkan dia dengan ujian, biar dia belajar lagi
terkedu aku dengan tarbiah dari DIA

dulu,aku bangga dengan rumah aku
rumah aku maju.orangnya moden-moden,
keluarga.sahabat.guru.semuanya di situ.
bila aku tahu kebenaran
rumah aku dihuni parasit jahiliyah.
melekat di dinding.merata di lantai
takut aku untuk balik ke rumah.
tapi itu rumah aku.yang buruk itu rumah aku
yang perlu kikis jahiliyah itu aku

rindu aku dengan keagungan Rasulullah.
akhlaknya.al-aminnya.sayangkan ummatnya
mahu juga aku menjadi Saidina Abu Bakar r.a
menutup lubang ular dengan rasa sayang pada nabinya
cemburu aku Kekasih ALLAH itu di riba Saidina
air panas mata tidak berhenti mengalir kerana cemburu
rasa rindu.
sungguh.aku rindu.

diri aku sangat perlu tarbiyah
mereka beri tarbiyah itu
penuh sudah hati aku dengan tarbiah.
amal aku jelas niatnya bila tarbiah itu terang
aku perlu cat segala amal ini dengan warna hati
jadi sebahagian dari hati aku.
biar hati aku besar.biar akal aku besar.langkah aku juga besar

cantik hati itu.
sempurna ciptaanNYA.
tapi, titik hitam itu masih ada.
si hitam,jadilah putih dengan tarbiyah dari Tuhanmu

terkedu aku dengan tarbiyah DIA
terkedu aku bila disentuh sebegini rupa
terkedu aku dengan cinta Abu Bakar pada Nabi
terkedu aku bila banyaknya pengorbanan yang perlu ditaruh
terkedu aku bila ramai yang memimpin tangan
jangan kau lemah. DIA ada.tentera-tenteranya ada.
inilah masa berhijrah.sampai bila masih mahu menunggu?
TWIST lah engkau.biar arah terus berubah.
dari jahiliyah ke makruf
dari neraka ke jannah!




doakan aku istiqamah.


6 comments:

Sharifah Syahirah TSM said...

ameen ya rabb.

hai masyi comel,
tengah buat apa tu?

=).
sunyilah rumah ni,
dah xde budak2 kecik buat riuh rendah.

T______T

nur ain said...

ameeen3

insyaallah sama2 kita saling beringat
sayang masyi

masyitah.halilah.blogspot said...

@ kak chep: hehe.tgh rindu akak jgk ni.
semua ckp rindu ktorg.payah2..keh3
ajakla kautharian aerobik ke apa ke, bg bising skit.
;))

masyitah.halilah.blogspot said...

@ ain: insyaALLAH..
sayang ain
;)

Unknown said...

nice one..
musyakkiran awwi..

btw,
buat sendiri ker?

masyitah.halilah.blogspot said...

alhamdulillah..
time ksh..
aah..alhamdulillah, semua ilham sendiri.

Post a Comment