rss
email
twitter
facebook

Monday 24 May 2010

khalifah pertama

khalifah pertama..Saidina Abu Bakar as-Siddiq
perkataan mu hanyalah benar,
perjuanganmu benar.menentang golongan kufur
menguatkan kembali ummah selepas Kekasih ALLAH itu tiada.
sayangmu pada Baginda s.a.w hanya engkau yang tahu.
cemburu aku apabila Kekasih ALLAH itu lena di ribaanmu.

khalifah.aku senabi denganmu.
jika engkau ada pada masa ini,pasti meruntun jiwamu
pasti marah dirimu
pasti habis diperangi israel itu.
kami dibelenggu jahiliyah wahai Abu Bakar!
kami kekurangan pejuang, kami diterajang!

aku rindukan engkau ya Amirul Mukminin.
rindukan Kekasih ALLAH itu juga.
rindu untuk berada pada zamanmu.
walau tidak pernah berada di sana, cukuplah dengan mendengarnya
agungnya ISLAM.Ampuhnya ISLAM.

benarlah sabda Nabi..bilangan akhir zaman seperti buih di lautan
ramai.tetapi lemah.sekali dilambung ombak, hilang!
malu aku denganmu.malu aku dengan ALLAH
ramai yang Islam.tetapi bukan islam
hanya pada nama.bukan pada perbuatan

aku tahu rahsia kepimpinanmu
engkau yakin dengan AL-QURAN.sunnah Nabi menjadi ikutan
bagaimana harus aku mengadu? rindunya aku padamu
aku tahu.hanya orang islam yang dapat menaikkan Islam kembali.
doakan kami disini wahai khalifah.
doakan kami..T.T







1 comments:

Unknown said...

again..
very nice n beautifully written..
thanks..
keep it up..!!

Post a Comment