rss
email
twitter
facebook

Saturday 1 May 2010

1 mei

baru teringat.hari ini 1 mei.1 mei adalah hari pekerja.
cepatnya masa berlalu.mcm baru je ucap dekat ayah, selamat hari pekerja, ayah.
cepatnya masa berlalu.cepat sgt.

kalau dekat malaysia, byklah iklan2 yang disiarkan hanya utk ucapkan selamat hari pekerja kepada rakyat2 jelata.
tanda terima kasih kerajaan kepada rakyat, kerana bekerja utk mereka. x kurang juga ada majikan yang membelanja staf2 makan dan sebagainya.ditambah lagi bila untung syarikat meningkat.wah..lagi meriah la kan


love


bila dah mcm2 org beri dan hargai kerja kita,makin semangat utk buat kerja kan.

" mat,arini aku nak belanja kaulah.bagusnya kerja kau.tersusun kedai ni bila ada kau."

berbunga2 hati mat kan.naik segala unsur2 baik dalam badan.mesti lagi semangat utk buat kerja selepas ni.niat utk buat kerja pun,dah semakin baik.utk kebaikan syarikat.hehe..manusia2..mmg bila dipuji,dihargai,sukanya dia..


tapi, kalau kita bekerja demi manusia,demi syarikat,demi wang,bolehkah niat tu sentiasa konsisten dan seiring dgn mutu kerja?
sama juga mcm menuntut ilmu,bila niat belajar tu kerana mahu mumtaz, utk mak ayah,utk dpt pujian org,boleh bertahankah kita?
kalau kita buat kerja,belajar,bukan kerana ALLAH, bukankah sama sahaja seperti robot. robot yang tak tahu apa tujuannya. bila diprogram,buat kerja.hanya buat kerja.kerja.kerja.such an uneventful,routinic life kn..

bandingkan dgn org yg buat kerja kerana ALLAH..dia ada target yg lebih jauh.utk ISLAM.utk ummah.biar semua dpt manfaat dgn hasil kerja dia.langkahnya tidak lesu bila dimarah oleh tuan. x patah semangatnya.lebih semangat utk membaiki diri.
kerana apa? niat dia kerana satu.ALLAH.


nampak x apa yang berbeza bila niat kita hanya kerana DIA?


kepentingan niat ni pun diletakkan dalam tempat pertama di dalam kitab Hadis 40

Drpd Amirul Mukminin Abu Hafs,Umar bin al-Khattab r.a katanya: "aku mendengar Rasullullah s.a.w bersabda: "bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap org mendapat pahala berdasarkan apa yang diniatkan."


Dah nampak kepentingan niat kan.mesti dah mula set niat masing2 kn. niat baik2,hanya kerana DIA. sungguh,bila semua yang kita lakukan kerana DIA,kerja yang kita buat insyALLAH bertambah baik, malah dikira sebagai ibadah. pahala dpt,seronok pun dapat.


tapi,jika rasa lesu,penat di tengah jalan, bermakna ada kesalahan pada niat pertama.
perlu lebih ikhlas lagi hati kita. update niat selalu.jgn biar niat kita lesu, dan tidak terarah.agar target kita tercapai, tidak sia-sia masa yang dah diberikan.


Love




moga niat saya menjadi blogger pun tak lari.huhuu..



0 comments:

Post a Comment