rss
email
twitter
facebook

Saturday 8 May 2010

selamat hari ibu


kata setiap hari ingat mak.
setiap hari ingat pengorbanan mak..tapi lupa hari ibu sedunia..T.T
kelam kabut sekejap bila tahu hari ini hari emak.nak nangis pun ada.
bukan apa,takut emak ingat,saya sbg anaknya lupakan dia.x pernah.x pernah adik lupa
nasib baik ALLAH buka jalan.supaya ingat.yang hari ini hari emak.
terima kasih ALLAH..terima kasih!

kalau ckp ttg mak,rasa nak nangis je..betul..x ada apa yg mak buat,yang x sentuh hati kita.
even,pandang muka emak pun boleh timbul rasa insaf dlm diri..timbul rasa mahu jadi seperti dia..
darjat ibu juga telah diangkat di sisi ALLAH..

keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa


hebatnya..teringat apabila seorang sahabat pada zaman Rasullullah s.a.w yang mahu berjuang,berjihad di medan perang.tetapi tidak diizinkan kerana masalah kesihatannya..lalu,beliau menyatakan keinginannya untuk berjihad juga kepada kekasih ALLAH itu..lalu,Rasullullah berkata: "adakah kamu masih mempunyai ibu bapa?" kata beliau: "ada ya Rasullullah..Baginda berkata lagi : "pergilah berbakti kepada mereka"

tak putus2 ingatan saya terhadap ibu bapa saya yang sangatlah banyak berkorban untuk anak-anak..
tidak salah kot untuk saya selitkan sedikit pengorbanan mereka,jerih payah mereka menempuh hidup demi kesenangan anak-anak.

bila emak dan ayah berkahwin, apa saja yang ada.gaji yg x seberapa,dicatu berdua,dikumpul sedikit demi sedikit..bila 2 tahun bersama, barulah dikurniakan cahaya sulung pertama..Luqman namanya..itu abg saya,the only brother that i have..walaupun mak tgh mengandung,mak duduk dekat belakang basikal ayah.itu je kenderaan mereka sewaktu awal perkahwinan.ayah sebagai guru,bekerja sambilan menjual telur masin..

masuk anak kedua..Ainul Mardhiah..ini anak paling nakal time kecil.mak yang kata..hehe..anak yang tgh menulis ni,mak ckp baik sgt..keh3..tengah mak sarat mengandung,waktu tu mak pergi masjid dengan ayah..dgn takdirNYA,mak jatuh dekat tangga..alhamdulillah,mak selamat.tapi,mak jatuh terduduk,mungkin itu penyebab mak sakit buah pinggang. jadi,jaga2 peranakan anda,bahaya sangat jatuh terduduk ok!

anak ketiga..Atiqah..comel sgt dia ni time kecil.dia yang paling putih..saya pun putih jugak.time kecik la..hehe
time itu..ayah dan mak dah mula berniaga..berniaga kecil-kecilan di pasar.ayah dan mak sangat pandai simpan duit.belanja untuk makanan tidak dihirau.makanlah banyak mana.asalkan tidak membazir.mereka bukan berkira. time ini,sudah mengajar anak-anak buat kerja.biar diajar hidup susah kan.saya sgt suka konsep mak ayah.BUAT KERJA BIAR SAMA-SAMA..

masuklah anak keempat ini..anak bongsu..target mak ayah nak anak 10.tapi,setengah pun tak dapat..7 bulan dalam kandungan,mak dah dikawal rapi dengan doktor-doktor pakar.yang dr singh ada,dr melayu pun ada. berselirat wayar-wayar di badannya. risaukan glucose level mak,blood pressure mak,kandungan mak..
alhamdulillah,lahir juga anak yang sorg ni.Masyitah..mak ckp saya kecil je..besar botol kicap katanya..hiperbola sungguh! hehe..alhamdulillah kami adik beradik tak banyak ragamnya.senang dijaga.carilah botol susu atau puting yang selalu disumbat bila merengek tu,x ada kat rumah kami.kami tak guna botol susu pun.puting susu pun takde.baik kan..heee


selepas dari lahirnya saya,sakit mak makin teruk.she has kidney failure,bilaterally..
terus ayah bekerja sungguh-sungguh supaya emak dapat merasa pergi haji,rumah besar,hidup gembira.
ayah saya luar biasa. rajin sangat-sangat.ayah kerja kuat,kumpul duit supaya mereka dapat pergi haji sama-sama.
ayah bina rumah khas untuk mak,supaya mak dapat hidup senang sedikit.

even sekarang,pagi ayah ke sekolah. habis sekolah terus ke kebun di kampung. macam-macam ada kat situ. buah limau bali madu. pokok petai. pokok buah mata kucing. madu lebah pun ada. binatang? lagi banyak. kambing ( reban tu pun ayah buat sendiri,kemas sangat2),itik,ayam peru,ayam kampung,kucing. harmoni je diorang duduk sekali..kerja ayah teliti. kerja yang orang lain boleh buat sebulan,dia buat 3 bulan.padan dengan hasilnya.kemas.cantik.reban kambing disangka rumah org.hehe

emak pernah ckp pada kami.dulu time hidung kami tersumbat,selalu berdengkur dan ayah nampak macam kami sangat susah nak bernafas. ayah pernah sedut hingus kami tu,by his own mouth.Maybe a bit disgusting for you,tapi rasa nak peluk ayah time tu jugak. Dia x peduli.asalkan anak-anak perempuan dia dapat bernafas dengan baik time tidur.Luar biasa kan ayah?

mak saya dialysis 3 kali seminggu.4 hours each time. 48 hours per month.tapi dia kuat.sudah hampir belasan tahun,itulah rutin dia.tapi, bila kami meniaga,dialah yang paling kuat.dialah yang paling aktif.tapi dialah yang paling kurus. selalu geram dengan mak bila dia tak mahu makan calcium supplement dia.selalu nak minum banyak. bukan apa,tak mahu dia penat..orang yang sakit buah pinggang tak boleh minum banyak air,sebab nanti banyak air dalam badan dan menyebabkan penat..her urine is just to little compared to water that she take. selalu nak bersihkan rumah walaupun selepas dialysis. mak jarang tunjukkan sakit dia. Once mak collapse,kami tahu,mak betul-betul sakit. betapa dia nak menyembunyikan sakit dia sedaya upaya..

mak saya pernah mengalirkan air mata ketika saya pernah brief tentang sakitnya.dari awal,sehingga apa yang perlu dia jaga. saya terang mechanism di dalam badan dia. as simple as i can,to make her understand. tapi,saya terkedu bila dia mengesat air mata menggunakan kain batiknya. mungkin emak terharu anaknya sedang mengkaji sakitnya..


post ini bukan untuk mengangkat mak ayah saya.tapi,saya nak semua sedar,inilah mak ayah kita.tak ada beza pun.mereka berdua,macam berlumba pun ada,demi kesenangan anak-anak mereka. entahlah,walau ke hujung usia,x cukup untuk balas jasa dua insan ini.terlalu banyak budi mereka kan?

emak,terima kasih.
ayah,terima kasih.
kamu berdua penguat hidup saya.
moga adik jadi sekuat kalian.
hanya ALLAH tempat aku pinta,
moga kalian berada di kalangan ahli-ahli syurga.
berdua,menari bersama,bergurau senda
kerana hanya itu yang layak bagi anda,kerana anda insan terbaik
selamat hari ibu emak tersayang,
tidak lupa juga kepada ayah tercinta,
salam rindu dan sayang dari anak yang banyak salahnya.

3 comments:

UB-to-be said...

Salam alaik little adik.eheh.

pengorbanan mak ayah memang sampai bila2 kita takkan mampu nak balas....raaaasa sgt benda tu...

itulah sbbnya dlm quran ada ayat yg menyeru anak2 spy berlaku baik kepada ibu ayah, tp takde pun ayat yg menyeru ibu ayah utk berbuat baik kpd anak2,huhu.automatically mak ayah wud do anything for us kan?

moga masyi sentiasa akan jd anak solehah, penenang hati dan kebanggaan ibu ayah....amiin..

masyitah.halilah.blogspot said...

insyALLAH,insyALLAH..
mohon doanya akak..(ayat KCB) hehe..
moga akak pun jadi anak yang solehah, penenang hati dan kebanggaan ibu bapa..amiinn..hehe..

TERIMA KASIH AKAK!

MedicMesir said...

masyi!!

hadiah kan MUMTAZ pada mak!! ummi doakan agar allah permudahkan usaha dan kejayaan masyi!! Ameen

Post a Comment