rss
email
twitter
facebook

Wednesday 19 May 2010

may 19th,2010

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.


hari ini ada PERIL. PERIL anatomy yang dibuat sempena persediaan menghadapi exam yang dah dekat sangat ni.tapi, nak jugak post entry.heee

banyak benda jadi time PERIL. banyak benda yang boleh diambil pengajaran.btw, program ni dianjurkan by pelajar sendiri.pelajar 1st year sendiri yang uruskan(tahniah2), medicmesir yang sponsor(thanks umi!) dan ustaz yang tolong masakkan(kari ayam ustaz sedap seyh).aktif sangat student2 1st year tanta ni.hehe..alhamdulillah, tempiasnya kami dapat.banyak input2 yang diterima, keep it going!

time program, coordinator program cakap ada 5 Dr yang akan datang.'alahai..sikitnya..' macam dah agak boring dah time tu sebab nak tengok muka lecturer sebenarnya.moga2 timbul semangatlah. alhamdulillah, yang dtg td, wahh..macam satu department yang turun. hampir semua DR yg ajar saya dtg. dan berebut-rebut untuk bercakap. serius.seronok tengok bila orang berebut nak memberi ilmu kan. mereka bukan Dr biasa. itulah yang bagusnya belajar di mesir. DR akan memberikan ilmu yang sehabis2nya yang mereka ada. sampaikan kita pulak yang mahu dia stop.huuu..(sbb lapar, itu yang ada feeling nk stop tu). bila nak exam ni, tak kesah pun, lama mana Dr nak beri lecture, bagilah..manusia punya perangai. saya punya perangai. T.T


They said, you don't have to ask us, which one will come out in the exam. which one is important.because we already gave everything we know, everything inside your books is important!

Iz pun sudah kata. kita belajar biar semuanya kerana ALLAH, kerana kepuasan kita mahu berjaya, mahu sentiasa mumtaz bukan hanya pada exam, study biar habis2, detail2!

teringat kisah saya menerima aduan dari rakan baik saya. 'masyi..aku tak sihat.aku selalu rasa penat.tak larat je..selera makan aku pun kurang..' saya beri nasihat sekadar yang termampu. saya beri cadangan beli vitacid. like vitamin C lah. good for energy and all. sebulan macam tu, dia kata. 'masyi, aku ada ulcer dekat usus. usus aku luka. Dr tanya aku makan apa.aku cakap aku makan vitacid. dia cakap,patutlah awak kena.itu yang terukkan luka awak.' nak gugur jantung saya waktu tu. berkali-kali saya meminta maaf.saya tak tahu dia ada gastric. lagipun saya tidak bertauliah lagi.sudah tahu tak bertauliah, lagi nak bagi nasihat macam Dr.




tapi, bila sudah kerja nanti? kalau sudah silap mcmana? kalau sudah terpotong saraf, sudah 'terbuat' pesakit jadi cacat bagaimana? kita bertarung dengan nyawa manusia.yang tak boleh dibetulkan bila silap.tak boleh disambung dengan cellophane tape bila koyak. belajar medic bukan macam belajar arkitek.bila silap boleh padam.
kita perlu menjadi doktor luarbiasa.yang bukan biasa-biasa sahaja.tapi, kalau mahu menjadi doktor luar biasa, usaha juga perlu lebih luar biasa. tawakal pada ALLAH juga perlu luar biasa. hubungan dengan Pencipta juga perlu luar biasa. insyALLAH. segalanya boleh!

saya dah sangat takut hari ini. takut 'tercacatkan' orang. jadi, saya nak sambung belajar. jom!




hari ini jalan-jalan cari rumah.doakan saya dapat rumah yang luarbiasa baiknya ok.;)



0 comments:

Post a Comment